Kerjasama erat antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan komuniti maritim tempatan menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan agensi itu menangani jenayah di laut.
Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama (M) Datuk Mamu Said Alee berkata kadar jenayah di laut pernah mencecah sehingga 48 peratus pada 2005, iaitu ketika APMM baru ditubuhkan. Namun ia mulai menurun kepada 2.5 peratus pada penghujung tahun lepas.
Katanya, kes serangan lanun dan rompakan telah dapat ditangani dengan berkesan sehingga memperoleh pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
"APMM Wilayah Timur memberi penekanan kepada empat isu utama di Wilayah Timur dan sehingga kini ia berjaya menurunkan kadar pencerobohan nelayan asing, mengawal isu pelanggaran zon, mengurangkan penggunaan peralatan menangkap ikan yang dilarang dan membanteras kegiatan pukat tunda asing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Sahabat Maritim anjuran APMM Terengganu di Kampung Pantai, Kuala Besut di sini hari ini.
Program yang diadakan selama dua hari itu disertai 100 pegawai dan anggota APMM serta lebih 500 penduduk tempatan turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk ceramah keselamatan, pameran dan sukaneka.
Mamu berkata, sehingga akhir tahun lepas, 41 bot nelayan asing telah ditangkap kerana menceroboh perairan negara berbanding 18 bot pada tahun ini.
Mengenai kegiatan Pukat Tunda Ganding, katanya, dalam operasi khas yang dijalankan hingga akhir tahun lalu, sebanyak 14 bot telah ditahan kerana menjalankan kegiatan dilarang itu dan hanya empat bot ditahan pada tahun ini.
"Dalam operasi mencari dan menyelamat, agensi ini mencapai rekod terbaik apabila berjaya menyelamatkan 89 peratus mangsa yang hilang di laut dan 90 peratus harta benda yang rosak, hingga hujung tahun lepas," katanya.
Beliau berharap kerjasama erat yang terjalin antara agensi itu dengan komuniti nelayan dapat diteruskan, malah menghargai usaha nelayan yang menjadi mata dan telinga APMM di laut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2017
Kadar jenayah di laut pernah mencecah sehingga 48 peratus pada 2005, iaitu ketika APMM baru ditubuhkan, namun ia mulai menurun kepada 2.5 peratus pada penghujung tahun lepas. - Gambar fail
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.
Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar
Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan.
Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan
Ancaman tidak kelihatan tidak boleh ditangani semata-mata melalui pertahanan negara, menurut PM Korea Selatan Han Duck Soo.
20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.
Polis siasat ancaman di laman web Kedutaan Jerman
Hampir 100 mesej disiarkan di laman web itu sejak Selasa, termasuk ancaman memasang bahan letupan di kedutaan atau meletupkan kemudahan utama.
Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman
"Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas."
Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.
AI tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.