SIBU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak menumpukan usaha untuk menubuhkan pasukan komuniti khususnya di kawasan pedalaman yang terdedah risiko bencana agar dapat memberikan tindakan awal sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Pengarah APM Sarawak Penolong Pesuruhjaya Pertahanan Awam Abdul Wahab Rahim berkata masyarakat yang menyertai pasukan sukarela itu akan dilatih dan diberi pendedahan menangani bencana serta dilengkapi dengan peralatan asas.
"Strategi ini sangat berkesan. APM akan menubuhkan pasukan komuniti di kawasan berisiko seperti Sungai Asap dan Long Bedian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenaikan Pangkat APM Daerah Sibu pada Jumaat.
Beliau berkata langkah tersebut dijangka meningkatkan kos operasi APM, namun dalam jangka masa panjang, ia sangat praktikal.
Menurut Abdul Wahab APM Sarawak sudah mempunyai senarai titik panas kawasan yang pernah berlaku bencana seperti banjir, tanah runtuh dan kebakaran yang dijadikan kawasan tumpuan angkatan tersebut untuk ditempatkan dengan kekuatan pasukan yang lebih besar.
"Kita mempunyai kira-kira 100 kawasan berisiko bencana terutamanya di kawasan luar bandar seperti Sungai Asap dan Long Bedian dan kawasan tersebut sukar dicapai," katanya.
Pada majlis tersebut seramai 46 anggota lain-lain pangkat serta 11 pegawai dari daerah Sibu, Kanowit dan Selangau menerima kenaikan pangkat masing-masing.
Abdul Wahab berkata program kenaikan pangkat itu bertujuan menstruktur pasukan APM dan memberi penghargaan kepada anggota yang terlibat dengan harapan agar mereka lebih bersemangat serta bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
APM akan menubuhkan pasukan komuniti di kawasan berisiko seperti Sungai Asap dan Long Bedian. - Gambar hiasan/Bernama
Kerajaan perkemas pelaksanaan projek elak kelewatan
Kerajaan pusat memberi komitmen memperbaiki dan memperkemaskan proses pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) bagi mengelakkan kelewatan dan kegagalan projek ‘sakit’ di Sabah.
menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata masalah utama yang menyumbang kepada kelewatan ini sering berpunca daripada isu berkaitan tanah, seperti projek yang diluluskan sebelum isu pemilikan tanah diselesaikan sepenuhnya.
menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata masalah utama yang menyumbang kepada kelewatan ini sering berpunca daripada isu berkaitan tanah, seperti projek yang diluluskan sebelum isu pemilikan tanah diselesaikan sepenuhnya.
Air naik mendadak, penduduk bersyukur bantuan pantas, mencukupi
Hujan tanpa henti sejak petang Selasa mengakibatkan paras air di Kampung Sungai Bedaun, Kuching naik mendadak.
Polis Sabah nafi roboh rumah balu perwira negara
Polis menafikan rumah balu perwira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu pada 2013 lalu, dirobohkan pihak berkuasa.
Pantau Agenda Reformasi: Mengupas Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2025-2035
Bersama Prof Dr Fauzilah Salleh, Ketua Kluster Penyelidikan Undang-Undang & Perniagaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka mulai hari ini - TH
TH membuka permohonan bagi rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1446H/2025M melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI bermula hari ini hingga 31 Januari depan.
Selebriti lelaki miliki ganja dituduh esok
Pelakon dan pelawak yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya akan dituduh di Mahkamah Sepang pada Jumaat.
Polis rekod keterangan Fahmi Reza isu pelantikan Musa Aman
Polis merekod keterangan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza untuk siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.
MCMC, DPCH meterai MoU sokong bandaraya pintar, pelan perak sejahtera - Fahmi
MCMC dan Digital Perak Corporation Holdings menandatangani MoU antara lain bertujuan menyokong pelaksanaan program bandar pintar di Bandaraya Ipoh.
Pestasi Won: Cecah paras terendah dalam 15 tahun
Won disebut pada 1,449.9 setiap dolar dalam dagangan dalam negeri setakat tengah hari, selepas membuka sesi pada 1,453.0 setiap dolar, 0.96% lebih rendah daripada hari sebelumnya dan paling lemah sejak 16 Mac 2009.
Dasar Trump: Pasaran saham Asia Tenggara tawar ‘perlindungan’ - Penganalisis
Pelan tarif sasaran pilihan presiden AS itu untuk China mungkin akan mempercepatkan peralihan dalam rantaian bekalan global dan pelaburan langsung asing yang mungkin memihak kepada rantau ini.
APM Sarawak tumpu usaha tubuh pasukan komuniti di pedalaman
Pasukan komuniti di pedalaman akan dilatih dan diberi pendedahan menangani bencana serta dilengkapi dengan peralatan asas.