KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengenal pasti kira-kira 6,000 'hotspot' banjir di seluruh negara sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini hingga Mac depan.
Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Ibu Pejabat APM Mohammad Fazli Sardi berkata APM bersama agensi lain akan memberi tumpuan di kawasan berkenaan khususnya dalam usaha memberi kesedaran kepada komuniti mengenai bencana banjir.
"Pada kali ini kita tumpukan untuk beri kesedaran kepada komuniti agar impak banjir dapat diminimumkan. Kita tahu banjir akan tetap berlaku, namun apa yang kita mahu terapkan ialah bagaimana kita berhadapan dengan bencana itu agar impak tidak teruk.
"Sebelum ini kurangnya kesedaran komuniti menyebabkan impak banjir itu besar kerana mangsa tiada persediaan awal...kita tidak mau perkara ini berlaku lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pentauliahan Kor Siswa Pertahanan Awam (SISPA) ke-9 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.
Mohammad Fazli berkata sebagai Sekretariat Bencana Alam negara pihaknya telah bersiap sedia dari segi kelengkapan dan anggota untuk menghadapi MTL.
Mengulas mengenai majlis itu, beliau berkata seramai 139 pegawai muda terdiri daripada pelajar UMS telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda (PA) setelah menamatkan latihan selama tiga tahun di UMS.
"APM, Kementerian Pengajian Tinggi, dan institusi pengajian tinggi telah berjaya membentuk satu program tahunan yang bertujuan memupuk semangat intergrasi yang melangkaui batas umur, bangsa dan agama.
"Pegawai yang ditauliah pada hari ini dapat mencetuskan gema kesukarelawanan kepada seluruh mahasiswa di universiti masing-masing dan menabur bakti sebagai pegawai pasukan APM di seluruh negeri kelak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengenal pasti kira-kira 6,000 'hotspot' banjir di seluruh negara sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini hingga Mac depan. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Wanita dipatuk ular ketika redah banjir
Seorang wanita warga emas terpaksa menahan kesakitan selama beberapa jam selepas tangannya dipatuk ular ketika meredah banjir untuk keluar dari rumahnya di Kampung Kauran, Keningau.

APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.

Pasukan penyelamat berdepan ancaman buaya ketika menjalankan operasi banjir
Melihat buaya 'bersantai' di tebing sungai adalah perkara biasa, namun kebiasaan itu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila banjir melanda.

APM perkenal APM@Gig, benarkan anggota terlibat kerja sementara di luar aktiviti rasmi
APM memberi peluang kepada sukarelawan yang kompeten untuk memberikan perkhidmatan bersifat gig terutama membabitkan pengurangan risiko atau ancaman.

APM Besut tangkap ular sawa batik seberat 130kg
Seekor ular sawa batik seberat 130 kilogram ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Besut di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Jertih.

Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.

Banjir: Orang ramai diingatkan jangan sebar ramalan cuaca tidak tepat - APM
Aanggota dan aset APM siap siaga hadapi episod ketiga luruan monsun yang mengakibatkan hujan berterusan bermula minggu depan di timur Semenanjung.

Orang ramai disaran salur bantuan banjir menerusi APM di Pahang
Badan bukan kerajaan, syarikat swasta dan orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang diminta berbuat demikian menerusi APM bagi tujuan penyelarasan.

Banjir: Lebih 90 pelajar di Kuala Krai seberang sungai guna bot APM, polis
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu 95 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh menyeberang Sungai Kuala Nal untuk pulang ke rumah masing-masing hari ini.

MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan
Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.