BALING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah melaksanakan beberapa penambahbaikan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usahanya mengekalkan momentum lebih cekap dan berkesan semasa berdepan bencana atau sebarang kecemasan.
Pengarah APM Kedah Left Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata penambahbaikan itu membabitkan komponen seperti mekanisme pengurusan pasukan, kerjasama berkumpulan, masa tindak balas dan memperbaiki semula koordinasi komunikasi agar lebih baik daripada sebelumnya.
"Selepas Eksesais SAR Zon Utara tahun lepas kita dapati ada komponen yang boleh kita tambah baik untuk dibuat di Zon Selatan, namun masih menggunakan skop tugasan yang sama iaitu APM sebagai agensi tindak balas terhadap bencana dan sekretariat pengurusan bencana peringkat daerah serta negeri.
"Jadi untuk eksesais kali ini, kita membuat penambahbaikan termasuklah kecekapan dan kemahiran anggota, kekuatan anggota dan logistik serta ilmu kemahiran," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Eksesais SAR APM Kedah Zon Selatan di Dusun Tok Wak Desa Sentosa di sini hari ini.
Awang Askandar berkata eksesais seumpama itu memberi ruang dan peluang kepada pegawai serta anggota terlibat membuat latihan sebagai persediaan untuk tindakan lebih cekap semasa bertugas di lapangan sekiranya berlaku bencana.
"Seramai 120 pegawai dan anggota dari lima daerah iaitu Baling, Sik, Kulim, Bandar Baharu dan Kuala Muda terlibat dalam eksesais dua hari yang bermula semalam dan berakhir hari ini," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
APM Kedah melaksanakan beberapa penambahbaikan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usahanya mengekalkan momentum lebih cekap dan berkesan semasa berdepan bencana atau sebarang kecemasan. - Gambar fail
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Banjir di Kedah pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup
Banjir di Kedah pulih sepenuhnya dan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup hari ini.
Enam rumah dibadai ribut waktu berbuka puasa
Tiga rumah yang terjejas adalah di Kampung Paya Salak, Mukim Serdang, dua di Kampung Kilang Batu dan satu di Kampung Tengah di Mukim Relau.
APM Kedah laksana penambahbaikan dalam SAR ketika bencana
Ia sebagai usaha mengekalkan momentum lebih cekap dan berkesan semasa berdepan bencana atau sebarang kecemasan.
APM fokus empat daerah berkemungkinan banjir di Kedah
Tumpuan diberikan di daerah Baling, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu sebagai persediaan menghadapi kemungkinan bencana itu berdasarkan kekerapan banjir serta ramalan JPS.
Tiada ancaman air pasang besar di Kuala Muda setakat ini - APM
Menurut APM, peningkatan paras air laut berlaku secara normal dan ia tidak mendatangkan risiko kepada penduduk.
Cuaca panas: Tayar, pasu bunga dan rumah jadi 'istana hinggap' ular
Menurut Pegawai Bahagian Bencana Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah, jumlah itu dijangka meningkat ekoran musim kemarau agak panjang tahun ini sehingga April.