KUALA LUMPUR: Pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempunyai kuasa mengarahkan mangsa banjir untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) jika perlu.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM Norhafifi Ismail berkata perkara berkenaan tertakluk kepada Seksyen 4C Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 atau Akta 221 yang menjelaskan kuasa yang boleh dikeluarkan oleh mana-mana pegawai dan anggota APM untuk mengarahkan pengungsian (diarahkan keluar mengosongkan premis) mana-mana kawasan, bangunan atau tempat termasuk menahan, memindah dan menyebabkan dipindahkan mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan untuk berpindah.
"Perlu dinyatakan bahawa pada peringkat Monsun Timur Laut 2022/2023 ini, pihak APM akan melaksanakan pemakaian kuasa ini secara berhemah dan memohon orang awam atau mangsa bencana mengambil langkah berpindah awal atau apabila diarahkan berpindah demi keselamatan nyawa semua pihak yang terlibat.
Bagi maksud ini juga, APM menyeru penduduk awam untuk mematuhi Arahan Wajib Berpindah sekiranya diarah untuk berpindah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata pihak APM dan semua agensi pengurusan bencana sentiasa bersama masyarakat dengan pelbagai langkah proaktif bagi memastikan keselamatan komuniti terjamin.
Beliau berkata orang ramai perlu bertenang, tidak panik dan mematuhi arahan pihak berkuasa untuk keselamatan diri dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dengan mendapatkan informasi sahih melalui media rasmi kerajaan.
Dalam perkembangan sama, Norhafifi berkata seramai 10,510 anggota dan pegawai APM manakala 1,240 aset darat dan air akan terlibat dalam operasi bagi menghadapi Monsun Timur Laut di seluruh negara yang dijangka bermula November depan.
"Aset berkenaan termasuk 759 buah bot dan 481 kenderaan termasuk lori, van, bas, kereta pacuan empat roda dan ambulans.
Latihan simulasi juga telah dilaksanakan di setiap zon seperti pengurusan PPS, operasi mencari dan menyelamat serta program pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.
Sementara itu, selain bersiap siaga menghadapi monsun, katanya APM turut akan melakukan penugasan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 termasuk melaksanakan tugasan di bilik gerakan pilihan raya, membuat pemantauan dan rondaan semasa proses pilihan raya, membantu pihak keselamatan dalam saluran mengundi serta menghulur bantuan awal kecemasan dan rawatan.
"Tahun ini mungkin terdapat kesukaran sedikit sekiranya monsun berlaku dan bertindih dengan PRU15, kerana ada anggota yang terlibat akan dibahagikan tugasan secara serentak selain kemungkinan penggunaan pusat mengundi sama dengan pusat pemindahan sementara," kata Norhafifi.
Namun katanya pihak agensi mempunyai strategi supaya perkara ini dapat ditangani dan berjalan lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022
Pada peringkat Monsun Timur Laut 2022/2023 ini, pihak APM akan melaksanakan pemakaian kuasa di bawah Akta 221 secara berhemah dan memohon orang awam mengambil langkah berpindah awal. - Gambar hiasan
Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak
Sebuah banglo yang sebelum ini mendapat perhatian akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini kembali diancam risiko runtuh.
Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.
Zon Bebas Kenderaan: Banda Hilir rekod lebih 120,000 pengunjung sempena cuti perayaan
Lebih 120,000 pengunjung direkodkan membanjiri Banda Hilir setakat semalam sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan pada 28 Jan lepas sempena cuti persekolahan dan perayaan Tahun Baharu Cina.
Op Selamat 23: Lebih 100,000 saman trafik dikeluarkan
Polis telah mengeluarkan 104,235 saman melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Selamat 23 setakat semalam.
Fokus Minggu Depan: Parlimen bersidang semula Isnin, apa tumpuan dan keutamaan?
Bersama Dr Ahmad Zaharuddin Sani, Penganalisis Politik membincangkan tentang Parlimen yang akan berlangsung Isnin ini.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.
Israel serang tebing barat sewaktu Gencatan Senjata di Gaza
Tentera zionis mula menyerang jenin pada 21 januari lepas, hanya dua hari selepas gencatan senjata di gaza berkuatkuasa.
Sekurang-kurangnya 7 maut, 19 cedera di Philadelphia
Datuk Bandar Philadelphia, Cherelle Parker sahkan tujuh terkoban termasuk seorang orang awam yang berada dalam kereta selepas sebuah pesawat perubatan terhempas pada petang Jumaat.
Ops Sky: Selebriti, ikon tempatan dalam radar SPRM
Selebriti termasuk artis dan ikon tempatan dalam radar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam sindiket tawaran pinjaman.
Kanada bertindak balas, kenakan tarif 25 peratus ke atas import dari AS
Kanada akan mengenakan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas import dari Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan oleh AS, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Daerah Beluran pulih sepenuhnya dan semua PPS ditutup 6 petang tadi, menjadikan hanya sembilan PPS dibuka di empat daerah di Sabah.
2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
Ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Kesan banjir akan dibincang di Kabinet untuk tambahan peruntukan - Premier Sarawak
Kerajaan negeri bersedia menambah jumlah peruntukan bagi membantu rakyat yang terjejas banjir.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.