Kerajaan negeri Johor mengambil inisiatif dalam mencegah penularan COVID-19 dengan melancarkan aplikasi 'Jejak Johor' bagi membantu pengesanan kontak.
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata aplikasi Jejak Johor membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memperoleh rekod kontak pengguna dan memaklumkan kepada mereka dengan kadar segera sekiranya terdapat risiko jangkitan COVID-19.
Katanya, aplikasi yang dibangunkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu menggunakan gabungan teknologi pengecaman dan platform analisis data Iskandar Malaysia Urban Observatory COVID-19 Crisis (IMUOCC).
Aplikasi itu menggunakan gelombang 'bluetooth' telefon pintar untuk mengenal pasti kontak antara pengguna aplikasi dalam jarak satu meter.
Beliau berkata pelancaran aplikasi berkenaan sejajar dengan pengumuman kerajaan kini yang membenarkan lebih banyak sektor kerajaan dan swasta beroperasi menyebabkan lebih ramai mula bekerja atau berurusan di luar.
"Justeru, adalah penting untuk kita bukan sahaja terus memantau penularan COVID-19, malah perlu mengambil langkah lebih proaktif dengan membuat analisis bagi pengecaman awal penularan di kawasan atau kluster tertentu dalam masa terdekat ini," katanya.
Hasni berkata pengguna hanya akan dikenali menerusi satu identiti atau ID unik, selain hanya nombor telefon berdaftar pengguna disimpan dalam aplikasi berkenaan supaya mudah dihubungi oleh JKNJ untuk penghantaran notifikasi.
Malah menurutnya, hanya JKNJ dan Jawantankuasa Khas Keselamatan Negeri Johor sahaja yang boleh menggunakan platform itu untuk menganalisis data pesakit positif, kontak rapat dan pesakit dalam siasatan COVID-19, untuk membolehkan kerajaan mengambil langkah segera menangani wabak tersebut.
"Sistem ini juga akan menghasilkan analisis kaitan antara pesakit positif, kontak rapat dan pesakit dalam siasatan COVID-19 untuk mengenal pasti kluster jangkitan.
"Dengan mengenal pasti hubung kait antara mereka, pihak berkuasa akan dapat menjangkakan kawasan yang berpotensi untuk menjadi sasaran penularan seterusnya, sekali gus boleh mengambil tindakan pencegahan awal yang sewajarnya," katanya.
Aplikasi itu boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan bagi Apple Store pula boleh dimuat turun dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 21 2020
![Aplikasi Jejak Johor bantu kesan kontak, cegah penularan COVID-19 Aplikasi Jejak Johor bantu kesan kontak, cegah penularan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590098370_aplikasijejakjohor.jpg)
Aplikasi Jejak Johor JKNJ memperoleh rekod kontak pengguna dan memaklumkan kepada mereka dengan segera jika berisiko jangkitan COVID-19. -Bernama
![KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya empat maut, letupan pusat beli-belah di Taiwan
Sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dalam satu insiden letupan di sebuah pusat beli-belah di Taiwan.
![Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429889_MAJLISPENYERAHANBI.jpg)
Biasiswa MAIWP: Pelajar asnaf terpilih harus tekad ubah nasib diri dan keluarga – Mohd Na’im
MAIWP berkata, sebanyak RM230.63 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2025 untuk meningkatkan modal insan, dengan RM5.8 juta adalah untuk bantuan biasiswa.
![Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000 Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739431283_NursyafiqahHermansh.jpg)
Peniaga didakwa tipu isteri Along Cham lebih RM100,000
Nursyafiqah Hermanshah, 27, didakwa menipu Afreena Suhaimi, 33, sehingga mendorong mangsa membayar wang berjumlah RM105,380 kepada tertuduh melalui 26 transaksi ke lima akaun berbeza.
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
"Sebab itu Machang tidak maju" - PM Anwar
Perdana Menteri menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Machang mengenai isu kejatuhan saham ekonomi negara.
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kini terdapat 2.35 bilion peranti Apple aktif di dunia Kini terdapat 2.35 bilion peranti Apple aktif di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738293787_perantiappleakti.jpg)
Kini terdapat 2.35 bilion peranti Apple aktif di dunia
Secara keseluruhan, sebanyak 150 juta peranti baharu diaktifkan sejak setahun lalu, yang bersamaan dengan peningkatan 6.85%1.
![Apple kemas kini AirTag dengan label amaran keselamatan untuk kanak-kanak Apple kemas kini AirTag dengan label amaran keselamatan untuk kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735878426_TBAPPLE.jpg)
Apple kemas kini AirTag dengan label amaran keselamatan untuk kanak-kanak
AirTag sedia ada telah dikemas kini dengan perkongsian carian lokasi dan terbaharu, label amaran keselamatan untuk kanak-kanak.
![Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709194927_TBapplejpg.jpg)
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
![Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708299215_TBApple.jpg)
Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.
![Apple bangunkan loceng pintu pintar dilengkapi pengecaman wajah Apple bangunkan loceng pintu pintar dilengkapi pengecaman wajah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734912857_tblocengpintupinta.jpg)
Apple bangunkan loceng pintu pintar dilengkapi pengecaman wajah
Apple dilaporkan sedang membangunkan loceng pintu pintar yang hadir dilengkapi dengan sokongan pengecaman wajah seumpama Face ID.
![Ciri Look Around kini boleh digunakan di Apple Maps versi web Ciri Look Around kini boleh digunakan di Apple Maps versi web](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734493495_AppleMaps.jpg)
Ciri Look Around kini boleh digunakan di Apple Maps versi web
Look Around membolehkan pengguna melihat keadaan sekeliling dengan pandangan 360 darjah dalam tingkap kecil.
![Apple dilapor sedang bangunkan rekaan tetikus baharu Apple dilapor sedang bangunkan rekaan tetikus baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734321191_Apple.jpg)
Apple dilapor sedang bangunkan rekaan tetikus baharu
Magic Mouse sering dikritik kerana port pengecasannya yang terletak di bahagian bawah, menyebabkan ia tidak boleh digunakan semasa mengecas.
![Apple Watch mungkin sokong ciri pemantauan tekanan darah menjelang 2025 Apple Watch mungkin sokong ciri pemantauan tekanan darah menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733887300_AppleWatchtekanan.jpg)
Apple Watch mungkin sokong ciri pemantauan tekanan darah menjelang 2025
Apple dikatakan telah membangunkan ciri ini sejak beberapa tahun lepas lagi namun ia masih tidak dilancarkan sehingga hari ini.
![Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026 Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714195291_TBApple.jpg)
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
![Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732592684_GoogleGemini.jpg)
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.