HANOI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Vietnam sebagai rakan Malaysia yang paling akrab sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara lima dekad lepas.
Beliau berkata kedua-dua negara telah menjalinkan hubungan dua hala yang amat baik dan Malaysia bersedia meningkatkan kerjasama serta hubungan istimewa sedia ada ke tahap lebih tinggi.
Anwar turut menzahirkan kekaguman beliau terhadap perjuangan Vietnam dan rakyatnya untuk pulih daripada kesusahan serta kesukaran yang dialami semasa pertempuran menentang penjajah.
"Berbekalkan kecekalan dan ketabahan di peringkat kepimpinan serta rakyat, anda berjaya mengecapi kejayaan besar dalam tempoh beberapa dekad sahaja yang sekali gus menjadikan Vietnam sebuah negara penting di ASEAN dan kini dikenali sebagai antara negara membangun paling berpotensi di dunia," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam rasmi yang dihoskan oleh rakan sejawatnya Pham Minh Chinh di sini malam ini.
Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.
Terdahulu, semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong, Anwar menzahirkan rasa gembira dengan kerjasama dua hala sedia ada dan berkata usaha akan dilakukan untuk mengukuhkan lagi hubungan itu.
"Saya juga dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama Nguyen Phu Trong sering berbicara soal antirasuah dan tatakelola yang baik di Vietnam dan kami dapat bertukar pandangan terkait perkara ini serta keperluan untuk agensi antirasuah kedua-dua negara bekerjasama dan mengadakan perkongsian bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Anwar turut menzahirkan kekaguman beliau terhadap perjuangan Vietnam dan rakyatnya untuk pulih daripada kesusahan serta kesukaran yang dialami semasa pertempuran menentang penjajah. - Gambar Bernama
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Terima kasih atas segalanya, selamat maju jaya - Akhyar Rashid
Tonggak Terengganu, Akhyar, dalam satu ciapan X, berterima kasih kepada Pau Marti atas jasanya mengemudi Harimau Malaya.
Ringgit dijangka melemah di penghujung tahun
Ringgit dijangka mencatat penurunan minggu depan akibat kebimbangan geopolitik, isyarat pasaran tidak menentu, dan sentimen berhati-hati pelabur.
Kekejaman zionis: Korban penduduk Palestin hampir cecah 45,000 orang
Serangan berterusan Israel di Gaza menyaksikan angka korban meningkat kepada 45,484 dengan lebih 108,090 cedera, melibatkan serangan udara ke atas kem pelarian Maghazi.
Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
EU laksanakan undang-undang pengecas USB-C, memaksa peranti baharu, termasuk iPhone, menggunakan piawaian ini. Peraturan ini dijangka memberi kesan global.
Elon Musk sokong parti AFD di Jerman
Elon Musk menyatakan sokongannya terhadap parti Alternative for Germany (AfD) dalam sebuah rencana pendapat untuk akhbar tempatan Jerman, yang diterbitkan Sabtu lalu.
Dalam rencana itu, Musk mengulangi kenyataan di platform X minggu lalu, bahawa "hanya AfD dapat menyelamatkan Jerman."
Dalam rencana itu, Musk mengulangi kenyataan di platform X minggu lalu, bahawa "hanya AfD dapat menyelamatkan Jerman."
Kapten Burnley nafi ada pertalian darah dengan Malaysia
Josh Brownhill, menafikan bahawa dirinya ada pertalian darah dengan Malaysia untuk mewakili Harimau Malaya.
Israel tahan 240 warga Palestin selepas serbuan hospital
Israel menahan lebih 240 warga Palestin, termasuk puluhan petugas perubatan, selepas serbuan di Hospital Kamal Adwan, utara Gaza, pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan dan tentera Israel.
Pengarah hospital, Hussam Abu Safiya, turut ditahan
Pengarah hospital, Hussam Abu Safiya, turut ditahan
Keith Foo, Riena Diana akui ada hubungan istimewa
Riena Diana berkata dia telah memilih untuk memfokuskan dirinya bersama Keith Foo dan meminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat hubungan itu.
Irene Deanna jawab spekulasi hubungan dengan Syamsul Yusof
Usahawan dan wanita yang dikaitkan sedang rapat dengan sutradara terkenal Syamsul Yusof, Irene Deanna tampil menjelaskan hubungan sebenar antara mereka.
PM Anwar terima kunjungan hormat Jusuf Kalla, bincang isu Palestin
Anwar dan Dr Wan Azizah menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla dan isterinya, Mufidah di Seri Perdana, Putrajaya, pada malam Khamis.
Anna Jobling tiada masa untuk bercinta - "Cinta saya hanyalah..."
Pelakon Anna Jobling memberitahu dia hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier seninya buat masa kini kerana enggan mensia-siakan usia mudanya dengan perkara tidak penting.
Singapura-Malaysia perlu tingkat kelestarian, tangani perubahan iklim dan ekonomi digital
Malaysia dan Singapura harus bekerjasama dalam bidang baharu seperti kemampanan, perubahan iklim dan ekonomi digital, melangkaui bidang kerjasama sedia ada.
Anwar sifatkan Vietnam sebagai rakan Malaysia paling akrab
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Vietnam sebagai rakan Malaysia yang paling akrab sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara lima dekad lepas.
Tekad baharu hubungan istimewa Malaysia-Indonesia
Kenaikan seorang Perdana Menteri di Malaysia, negara pertama yang akan dilawatinya adalah Indonesia.
'Saya ada ucap tahniah kepada dia' - Erra Fazira harap perkahwinan Shahir kekal ke jannah
Erra berkata, dia melihat Shahir sudah pun bersedia untuk bergelar suami dan berharap agar perkahwinan itu nanti merupakan satu ikatan yang akan berkekalan.
Hubungan Malaysia-Indonesia: Satu kerjasama dalam suasana mencabar
Hakikat bahawa Jokowi menjemput Muhyiddin dalam keadaan mencabar adalah bukti bagaimana kedua-dua negara meletakkan nilai yang sangat tinggi terhadap hubungan dua hala .