BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan syarikat perladangan tempatan yang memiliki rizab tanah besar supaya menanam sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menampung keperluan makanan dalam negara yang semakin meningkat.
Anwar berkata beliau sudah memberi arahan kepada syarikat seperti Sime Darby Bhd, FGV Holdings Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd untuk melaksanakan penanaman tanaman makanan seperti itu.
"Ini adalah langkah jangka sederhana yang kita boleh buat untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Malaysia ni subur, mengapa sayur dan buah tidak cukup? Ini soal bekalan dan permintaan.
"Kerana itulah kita minta syarikat besar ini untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Harga cili dan bawang kini tinggi melangit kerana semuanya diimport," katanya dalam Sesi Dialog dan Minum Petang bersama warga Dell Technologies di sini hari ini.
Beliau berkata syarikat besar terbabit memiliki kepakaran dan sumber untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan.
Anwar juga berkata bagi menangani isu kos sara hidup yang tinggi, kerajaan akan terus memberi subsidi bagi bahan makanan asas dan memperluas inisiatif Rahmah ke semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara sebagai penyelesaian jangka pendek.
Mengenai perancangan kerajaan untuk menstabilkan nilai ringgit berbanding mata wang asing terutama dolar Amerika, beliau berkata isu itu sangat kompleks kerana ia ada hubungan dengan kesan tindakan ekonomi yang diambil oleh Amerika Syarikat yang di luar kawalan Malaysia.
Justeru, Perdana Menteri berkata adalah amat penting untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia dengan mengekalkan kestabilan politik di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan.
"Sekarang ini, ringgit menguat sedikit disebabkan oleh kemasukan pelaburan asing seperti Tesla, Bosch, Geely dan Saudi Aramco maka jangan remehkan keperluan untuk satu kerajaan yang stabil dengan dasar ekonomi yang jelas.
"Kita tidak boleh hanya menyerahkan nasib kita kepada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat kerana keputusan mereka mengenai kadar faedah akan memberi kesan kepada seluruh dunia namun kita boleh mengawalnya dengan memastikan wujud kestabilan dalam kerajaan melalui dasar ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Anwar berkata syarikat besar terbabit memiliki kepakaran dan sumber untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan. - Gambar Bernama

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Belanjawan 2025 perlu beri tumpuan isu kos sara hidup - PM Anwar
Anwar Ibrahim mahu Belanjawan 2025 memberi tumpuan kepada aspek menangani dan mengurangkan kos sara hidup.

Belanjawan 2024 perlu beri fokus kepada isu sara hidup - Noor Azlan
Noor Azlan berkata, isu besar yang dihadapi negara adalah tekanan terhadap harga dan bekalan.

Minat miliki hartanah tinggi, namun permintaan pembelian kurang - PropertyGuru
Minat dalam pembelian hartanah kekal tinggi di Malaysia walaupun pengguna berdepan isu kos sara hidup yang tinggi.

Anwar saran syarikat perladangan tanam sayur, buah-buahan bagi tampung keperluan negara
Anwar berkata beliau sudah memberi arahan kepada syarikat seperti Sime Darby Bhd, FGV Holdings Bhd dan Kumpulan Guthrie Bhd untuk melaksanakan penanaman tanaman makanan seperti itu.

Subsidi bersasar: 'Hidangan dah siap, tunggu tok imam baca doa saja'
Kementerian sudah punyai cukup data yang disokong statistik daripada DOSM, ICU dan LHDN untuk laksanakan subsidi bersasar.

Wan Saiful mahu kerajaan kawal kenaikan tambang bas, harga makanan kantin sekolah
Belum resa isu kenaikan tambang bas sekolah, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan kewibawaan Kerajaan dalam mengawal kenaikan harga makanan di kantin sekolah.

Bajet 2023: Kerajaan kena kawal kejatuhan nilai ringgit - Ku Li
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengharapkan supaya kerajaan mengawal kedudukan tukaran asing bagi menangani isu kos sara hidup menerusi pembentangan Belanjawan 2023 nanti.