KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengharapkan supaya kerajaan mengawal kedudukan tukaran asing bagi menangani isu kos sara hidup menerusi pembentangan Belanjawan 2023 nanti.
Beliau berkata, ini kerana kadar tukaran asing kita berada pada kedudukan jatuh 'merudum' serta tidak terkawal (free fall) sehingga menimbulkan kegusaran.
"Kerana tukaran asing kita sudah jatuh dengan tidak terkawal, atau dalam bahasa Inggeris free fall, kalau free fall sejauh mana ringgit kita nak jatuh? Adakah ringgit kita ni nak jadi macam duit kertas zaman Jepun, nak ke pasar terpaksa sewa beca untuk bawa duit?" katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) di sini, semalam.
Tengku Razaleigh atau Ku Li yang juga bekas Menteri Kewangan turut memaklumkan daya produktiviti pengeluaran dalam negara juga jatuh.
"Sekarang ini kita nak import saja, tak nak buat sendiri... apa benda yang kita boleh buat sendiri, kita masih nak import. Kita tak nak buat sendiri.
"Zaman kita apabila kita merdeka dahulu, zaman Tan Sri Khir Johari menjadi Menteri Perdagangan dan Tengku dan Tun Razak mengepalainya menekan supaya kita cuba buat segala-gala barang yang kita mampu buat. Dan hentikan pengimportan. Maka kita dapat melawan kenaikan harga barang di luar negara.
"Kita boleh turunkan kos supaya dengan bandingan itu kita dapat. Runding dengan mereka yang nak jual dengan kita orang yang nak jual import tadi. Dia tak boleh nak menipu kita. Kita tahu kos dia. Jadi, pendek kata banyak perkara yang kita boleh lakukan. Dan kerajaan sekarang saya harap akan cuba mengawal kejatuhan ringgit kita," jelas Ku Li.
Beliau mengharapkan kerajaan tidak membiarkan kejatuhan ringgit yang menyebabkan segala apa yang dilakukan oleh rakyat sia-sia.
"Saya baca dalam surat khabar dan media sosial, (mereka) kata baik kita cetak seberapa banyak wang yang boleh. Lagi banyak duit, lagi jatuh nilai ringgit kita. Lagi tambah gaji, lagi jatuh harga barang apabila banyak sangat putaran wang dalam sistem kita," katanya lagi.
Menyentuh kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), beliau menjelaskan langkah OPR menjadi alat yang Bank Negara Malaysia (BNM) gunakan untuk mengawalkan jumlah wang yang ada.
"Saya harap kerajaan cuba kawal kejatuhan ringgit ini, kerana tukaran asing kita sudah jatuh dengan tidak terkawal. Tidak mampu untuk membayar apa yang kita nak.
"Sejauh mana ringgit ini akan jatuh? Apakah ringgit kita akan jadi, kalau kita izinkan ringgit kita jatuh? Mungkin rumah yang kita beli dengan harga ratusan ribu boleh turun kepada sepuluh ribu ringgit. Jadi tidak ada sebab mengapa kita perlu biarkan perkara ni berterusan berlaku," tambahnya.
Wanna Abd Rahim
Sat Sep 17 2022

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengharapkan supaya kerajaan mengawal kedudukan tukaran asing bagi menangani isu kos sara hidup menerusi pembentangan Belanjawan 2023 nanti. - Gambar fail/Astro AWANI

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.