PHNOM PENH: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji sikap rakan sejawatnya dari Kemboja Hun Sen, yang telah sekian lama menunjukkan penghormatan tinggi terhadap komuniti Muslim di negara berkenaan.
Perdana Menteri berkata di kala sentimen anti-Muslim dan Islamophobia tersebar luar di Eropah, Hun Sen sebaliknya mempamerkan penghormatan tinggi kepada komuniti Muslim di negara itu, walaupun ia merupakan kumpulan minoriti di negara berkenaan.
"Majlis perhimpunan (berbuka puasa) bagi kaum Muslim sempena bulan Ramadan di sini, amat menarik sekali. Walaupun kaum Muslim merupakan kumpulan minoriti di negara ini, namun di sini ada pemimpin yang berpandangan jauh, menghormati kaum lain, termasuk Muslim.
"Saya harap lebih banyak negara di dunia ini yang dibelenggu gejala perkauman agar dapat belajar mengenai rasa hormat sebagaimana yang ditunjukkan di Kemboja di bawah pentadbiran Hun Sen, mereka menunjukkan toleransi kepada kaum-kaum lain," katanya semasa berucap di majlis Iftar Makan Malam yang dihoskan oleh Hun Sen di Chroy Changvar International Convention and Exhibition Centre (CCIC) di sini.
Semasa Iftar (berbuka puasa) Anwar turut menyampaikan sumbangan 1,000 naskah terjemahan al-Quran ke bahasa Khmer dan Inggeris, kepada komuniti Muslim di Kemboja.
Beliau turut menyampaikan biasiswa oleh Universiti Binary, Malaysia bernilai AS$1.1 juta kepada 15 pelajar terpilih Kemboja untuk mengikuti kursus selama empat tahun.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut mendoakan kejayaan Kemboja dalam menganjurkan temasya Sukan SEA 2023 Mei ini.
Beliau juga menyatakan komitmen Malaysia untuk terus merapatkan hubungan diplomatik yang terjalin sejak 66 tahun lepas dan menghargai sikap tolerasi ditunjukkan Kemboja kepada semua kaum dan agama yang ada.
"Seperti saya sebut tadi, ini akan jadi contoh kepada negara lain yang benci kaum lain, agama lain dan golongan minoriti. Belajarlah dari Kemboja yang menunjukkan agama adalah untuk toleransi dan kasih sayang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023

Anwar (dua dari kiri) dan Hun Sen (dua dari kanan) sewaktu majlis penyampaian biasiswa oleh Universiti Binary, Malaysia bernilai AS$1.1 juta kepada 15 pelajar terpilih Kemboja untuk mengikuti kursus selama empat tahun. - Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.