PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat pertama bagi mengkaji keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam dalam masa terdekat.
Beliau berkata mesyuarat tersebut akan diadakan sebelum enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 12 Ogos ini.
Anwar mengakui selepas lebih 10 tahun, belum ada jawatankuasa yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk mengkaji semula skim saraan penjawat awam.
"Saya mengakui dan selepas lebih 10 tahun, belum adapun jawatankuasa yang harus dipengerusikan Perdana Menteri untuk mengkaji semula skim saraan penjawat awam.
"Jadi, insya-Allah dalam satu atau dua minggu ini, saya akan mempengerusikan mesyuarat pertama bersama Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk meneliti keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Cakna MADANI Perdana Menteri Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis.
Program tersebut turut hadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Anwar memberitahu, beliau akan mencadangkan agar peningkatan berperingkat dilaksanakan bersesuaian kedudukan kewangan negara.
Beliau juga memberi jaminan akan memberikan yang terbaik, munasabah dan adil demi kesejahteraan penjawat awam di negara ini.
Astro Awani
Thu Jul 13 2023
Anwar berkata mesyuarat tersebut akan diadakan sebelum enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 12 Ogos ini. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
Lima sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumikan
Lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin di sini malam tadi, selamat dikebumikan.
Polis kesan lelaki Myanmar disyaki tetak rakan senegara
Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini 10 Jan lepas.
Pengasuh taska disyaki terlibat kematian bayi empat bulan ditahan
Polis menahan seorang pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) dipercayai berkait kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan 3 Jan lepas.
'Tersilap hantar', gudang perabot terkenal terima periuk api antikereta kebal
Kira-kira 240 periuk api antikereta kebal yang terlepas daripada pemeriksaan tentera Poland, secara tidak sengaja dihantar ke gudang sebuah syarikat perabot di negara itu.
Biden anugerahkan pingat kebebasan berprestij kepada Paus Francis
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dengan penghormatan khas kepada Paus Francis.
Banjir Johor: Jumlah mangsa menurun, 3,455 berlindung di 37 PPS
Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor mencatatkan penurunan kepada 3,455 orang berbanding 3,471 orang pagi tadi.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri bermula Ahad.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran | Hujan dan air pasang besar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mrs World 2024: Wakil Malaysia bakal gayakan 'Puteri Membara Malaysia'
Wakil Malaysia ke Mrs World 2024, Dr Shalini Devi Ramachandran bakal menggayakan kostum kebangsaan Puteri Membara Malaysia pada pertandingan itu yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini.
Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.
WEF sahkan Anwar sertai Mesyuarat Tahunan 2025 di Davos
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.
‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PM
Anwar hairan mengapa beliau dipersalahkan sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.
LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
PM Anwar gesa DBKL baiki kawasan perniagaan uzur di sekitar Jalan Masjid India
Perdana Menteri meminta DBKL untuk turun padang meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur di sekitar Jalan Masjid India.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.