KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta sokongan rakyat untuk terus bersamanya dalam usaha kerajaan membawa perubahan bagi aspek tatakelola dan mencegah rasuah di negara ini.
Katanya beliau sangat memerlukan dukungan penuh rakyat untuk memerangi perkara itu kerana beliau sedar bahawa isu berkenaan dibenci oleh beberapa pihak.
"Saya nak tekankan ada orang mengatakan bahawa kecurian berpuluh bilion ringgit ini, kalau mahu jadi perdana menteri, menteri kewangan, menteri-menteri - ukurannya apa kekayaan (mereka), dan ini dianggap (seolah-olah) biasa. Buat apa jadi perdana menteri kalau tak jadi kaya?
"Pandangan hambar, haprak ini mesti diperangi dan kita yang bertanggungjawab, ini bukan sahaja (melibatkan) orang politik (tetapi) seluruh sistem. Kita semua harus pikul tanggungjawab termasuk saya.
"Saya harap akan dapat (sokongan), kalau tidak ada sokongan dalam politik atau lain-lain, sekurang-kurangnya dalam isu tatakekola dan tuntutan ke arah perubahan, saya pohon dukungan penuh rakyat," katanya ketika berucap pada pelancaran Wacana Pemikir Global 2024 di Universiti Malaya di sini.
Anwar berkata berikutan isu rasuah dan tatakelola yang tidak baik, banyak perkara penting diketepikan, termasuk dalam menyalurkan peruntukan lebih besar kepada pendidikan, masalah 8,000 tandas sekolah yang perlu diperbaiki dan puluhan bilion 'dipunggah' oleh beberapa tokoh tertentu.
Disebabkan itu, Perdana Menteri berkata kerajaan kini yang berteraskan konsep MADANI mementingkan pembangunan berasaskan manusiawi dan tidak hanya memikirkan soal 'gedung raksasa'.
"Sebab itu saya beritahu keutamaan kita sekarang dalam kerajaan MADANI, tidak (perlu) mercu tanda, tidak (perlu) gedung-gedung besar, itu kerja swasta yang lakukan.
"Dana kerajaan (adalah) untuk pembersihan, kemudahan asas, sekolah terbaik, gerai-gerai dan warung yang dimanfaatkan oleh majoriti rakyat yang (mesti) bersih dan indah.
"Itu pendekatan kita, jadi saya tak bersedia untuk bertolak ansur melaksanakan dasar itu untuk kebajikan rakyat terbanyak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Perdana Menteri berkata kerajaan kini yang berteraskan konsep MADANI mementingkan pembangunan berasaskan manusiawi dan tidak hanya memikirkan soal 'gedung raksasa'. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
Nawaf Salam peroleh sokongan mencukupi untuk dilantik sebagai PM
Nawaf Salam memperoleh sokongan mencukupi daripada ahli parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan yang baharu.
Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.
Biden umum sekatan eksport teknologi AI buatan AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan sekatan eksport baharu ke atas teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk cip dan model AI yang digunakan dalam perisian.
Tumpuan Selasa – 14 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, dihalau dari penerbangan Fly Frontier Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.
Sekolah dibuka semula kecuali tujuh sekolah masih ditutup
Hampir semua sekolah awam di kawasan Los Angeles akan dibuka semula pada Isnin, walaupun anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran besar yang telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan memusnahkan lebih 12,000 struktur.
Penduduk Gaza terus menderita
Penduduk Palestin di bandar Gaza tidak lagi tahu di mana tempat selamat untuk berlindung sekali gus meneruskan kehidupan.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Indonesia perhebat kesiapsiagaan bencana letusan
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia telah mempergiatkan usaha kesiapsiagaan kecemasan, memfokuskan kepada aktiviti gunung berapi di Gunung Ibu, Gunung Lewotobi Laki-Laki dan Gunung Merapi ketika letusan terus menimbulkan risiko kepada masyarakat setempat.
Kyushu Jepun bergegar, amaran Tsunami dikeluarkan
Amaran tsunami dengan ketinggian maksimum 1 meter telah dikeluarkan untuk wilayah selatan Miyazaki dan Kochi.
Lawatan kerja PM: ADIA beri komitmen jayakan pelaburan, transformasi MAHB – Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menzahirkan komitmen untuk menjayakan pelbagai pelaburan yang telah dirancang di Malaysia.
Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.
Lawatan kerja: PM adakan pertemuan dengan syarikat gergasi UAE
Perdana Menteri memulakan hari kedua lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan pertemuan bersama syarikat-syarikat gergasi negara itu.
Anwar dijadual bertemu PM UAE di Dubai
Anwar yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke UAE, dijadualkan bertemu dengan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut akan digunakan bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat.
UAE destinasi pertama PM Anwar bawa misi Malaysia perkukuh hubungan diplomatik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan siri lawatan ke beberapa negara dengan perjalanan pertamanya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.
Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta
Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
WEF sahkan Anwar sertai Mesyuarat Tahunan 2025 di Davos
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.
‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PM
Anwar hairan mengapa beliau dipersalahkan sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.