Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan mengadakan 360 perjumpaan dengan pelbagai pihak sehingga 13 Mac, sejak menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh pada Februari 2015.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, berkata sebanyak 152 perjumpaan yang melibatkan tujuan rawatan kesihatan telah diadakan di Penjara Sungai Buloh.
Sembilan lagi rawatan telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur.
Anwar juga dibenarkan mengadakan perjumpaan dengan keluarganya sebanyak 19 kali di penjara dan 13 kali di hospital, 18 perjumpaan dengan peguam serta 33 dengan pakar psikologi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata bekas timbalan perdana menteri itu juga telah berjumpa dengan peguamnya sebanyak 85 kali di luar mahkamah, menghadiri perbicaraan mahkamah sebanyak 24 kali, menghubungi keluarga menggunakan telefon sebanyak 38 kali, menggunakan perpustakaan penjara sebanyak 52 kali dan menggunakan Seksyen 31 Akta Penjara selama lima kali termasuk menghadiri pengebumian bapa beliau April tahun lepas dan menemui Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam pada Jun lepas.
"Walaupun beliau tidak diberikan keistimewaan, tetapi langkah-langkah yang dilakukan oleh Jabatan Penjara adalah langkah-langkah yang terdapat dalam Akta Penjara," katanya.
Spesifikasi khas
Ahmad Zahid berkata selain itu, Anwar juga dibekalkan dengan beberapa keperluan yang disyorkan oleh pakar perubatan seperti katil hospital yang berspesifikasikan khas, kerusi dan meja, fasiliti mandi air panas dan sejuk, tandas duduk dan kipas di dinding.
Makanan yang dibekalkan ialah seperti bijirin, susu rendah lemak, buah kismis, kurma, madu dan minuman protein, katanya.
"Ini harus dilihat sebagai mematuhi peraturan dan pada masa yang sama diterjemahkan sebagai rasa perikemanusiaan yang tinggi oleh pihak penjara," katanya.
Ahmad Zahid juga memberitahu dewan bahawa walaupun Anwar, sebagai seorang banduan tidak dibenarkan untuk menjalani rawatan perubatan di luar negara, beliau dibenarkan untuk memilih dan membawa masuk pasukan perubatan pilihan iaitu dari George Washington University dan peralatan perubatan ke dalam negara bagi menjalankan rawatan di hospital kerajaan yang dipilih.
Katanya Presiden Amerika Syarikat Barack Obama semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di sini November lepas, juga ada membangkitkan isu rawatan kesihatan Anwar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Perdana menteri telah memberikan penjelasan terhadap pendirian dan tawaran kerajaan kepada Anwar, dan Presiden Obama telah mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri terhadap keputusan yang dibuat kerajaan Malaysia itu," katanya.
Anwar menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Bernama
Mon Mar 21 2016
Anwar dibekalkan dengan beberapa keperluan yang disyorkan oleh pakar perubatan seperti katil hospital yang berspesifikasikan khas, kerusi dan meja, fasiliti mandi air panas dan sejuk, tandas duduk dan kipas di dinding. - Gambar fail
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tinjauan udara banjir di Terengganu
Bagi melihat tinjauan banjir di Terengganu melalui udara pula.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Bencana banjir: Alah bisa tegal biasa, tapi sampai bila?
Situasi banjir yang kerap terjadi membuatkan penduduk di sekitar kawasan Kemasik, Kemaman, membuat persiapan awal menghadapi bencana tersebut.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
228.2 juta nilai dadah yang dihapus setakat Oktober 2024
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan nilai dadah yang dihapuskan setakat Oktober 2024 adalah sebanyak 228.2 juta ringgit.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula - Dr Zaliha
Pelaksanaan dasar tempoh menduduki perlu mengambil kira pelbagai faktor untuk mengelakkan kesan negatif kepada penghuni tertentu.
Jumlah pengguna TNB sehingga hari ini seramai 10.4 juta - PETRA
Jelas Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir , daripada jumlah itu 8.5 juta pengguna domestik dan 1.9 juta pengguna bukan domestik yang terdiri komersial, perindustrian dan pertanian.
KEADAANBANJIR_WEB
Keadaan banjir di tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat sembilan pagi ini.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.