Anwar sempat mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan terlibat dan rakyat yang mendoakan kesihatannya.
“Alhamdulillah, semalam telah dibenarkan keluar dari PPUM usai jalani rawatan rapi daripada 23 Jun lepas.
“Sekalung penghargaan buat doktor dan perawat yang penuh efisien. Terima kasih juga buat semua atas doa yang tidak putus. Semoga dikembalikan kebaikan yang sama buat semua. Amiin,” katanya melalui kemas kini status di Facebook jam 10.57 malam.
Sebelum ini, Anwar dikejarkan ke PPUM selepas mengadu sakit bahagian bahu dan belakang ketika baru tiba di rumahnya di Bukit Segambut dari Turki, 23 Jun lalu.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dimasukkan ke hospital ]
Sebelum ini, Anwar menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur sebelum dibebaskan daripada hukuman penjara pada 16 Mei lalu.
Anwar juga pernah menjalani pembedahan bahu kanan pada Mac tahun ini.