KANGAR: Yang Dipertua Pas Kangar dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Perlis, hari ini atas pertuduhan menghina kuasa raja pemerintah dan badan agama Islam negeri menerusi penganjuran ceramah agama tanpa tauliah di Kangar pada 30 Mac lalu.
Yussaine Yahya, 43, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Syariah, Mohamad Zaidi Abdullah.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang juga mudir sebuah maahad tahfiz al-Quran di Kangar didakwa menganjurkan satu ceramah agama dengan menjemput pendakwah bebas, Mohamad Wadi Anuar Ayub melalui program ‘Solat Tarawih dan Sembang Santai’ tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis berdasarkan Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006.
Selain itu, perbuatan yang dilakukan turut bertentangan dengan Titah Kenyataan Rasmi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengenai Pematuham Terhadap Dasar dan Peraturan Berkaitan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis.
Tertuduh didapati melakukan perbuatan berkenaan antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam di Maahad Tahfiz al-Quran Al Imam An Nawawi (MATIN) di Kampung Abi Padang Machang, Jalan Abi Batas Paip, Kangar pada 30 Mac lalu.
Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 38 Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 kerana menghina kuasa raja pemerintah dan badan agama Islam yang lain.
Pendakwaan dilaksanakan oleh Ketua Pendakwa Syarie, Siti Fatimah Ahmad Maulana manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Hajar Ahmad dan Nur Iman Nor Azmi.
Siti Fatimah memohon mahkamah supaya memberi jaminan sebanyak RM2,500 dengan dua penjamin di mana salah seorang daripadanya adalah penjawat awam.
Namun permohon itu dibantah oleh peguam tertuduh dengan alasan tidak relevan.
Pasukan peguam turut memohon agar jaminan tertuduh dapat dikurangkan.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pasukan peguam tertuduh untuk tertuduh dijamin sebanyak RM2,000 dengan dua orang penjamin.
Tertuduh kemudian membayar jaminan dan mahkamah menetapkan 18 Januari tahun hadapan untuk perbicaraan semula kes.
Terdahulu, lebih 50 penyokong Yussaine yang dikenali sebagai Ustaz Yussaine berkumpul di perkarangan mahkamah syariah itu sejak jam 8 pagi bagi menunjukkan sokongan dan solidariti.
Suasana bagaimanapun terkawal dengan kehadiran anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar.
Sebelum ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) memanggil Mohamad Wadi Annuar atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi serta penganjur, Lajnah Dakwah dan Perkaderan Pas Kangar untuk memberi keterangan berhubung penyertaan pendakwah itu pada program berkenaan yang diadakan tanpa mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis pada 30 Mac lalu.
Ini berikutan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kangar oleh JAIPs selepas anggota penguat kuasa mereka dihalang oleh penganjur daripada bertemu dengan Ustaz Wadi yang mahu mengambil keterangan berhubung tindakan memberi ceramah di negeri ini.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Sep 14 2023

Yussaine Yahya (tengah) membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Syariah, Mohamad Zaidi Abdullah. - Gambar/ Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Anjur ceramah tanpa tauliah, jemput Ustaz Wadi, YDP Pas Kangar dihadap ke mahkamah
Yang Dipertua Pas Kangar dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Perlis, atas pertuduhan menghina kuasa raja pemerintah dan badan agama Islam negeri menerusi penganjuran ceramah agama tanpa tauliah.

AJK dipecat jika benarkan penceramah tanpa tauliah - Sultan Johor
AJK masjid dan surau di Johor akan dikenakan tindakan dan berhadapan kemungkinan dipecat sekiranya membenarkan penceramah tanpa tauliah memberi ceramah di negeri itu.