SEREMBAN: Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh yang sentiasa dinanti-nantikan Allahyarham Muhammad Noh Muhammad Isa, 53, setiap tahun kerana mahu menyertai perbarisan bersempena dengan Hari Kebangsaan bersama-sama pasukannya dalam Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Perkara itu dikongsikan anak lelaki kepada Ketua Perbarisan Kontinjen Rela Negeri Sembilan itu yang meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai perbarisan Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Majlis Bandaraya Seremban di sini semalam.
Ahmad Harraz, 20, yang turut bersama-sama berada dalam kalangan 45 anggota kontinjen ketika perarakan semalam berkata ayahnya sentiasa melakukan yang terbaik untuk pasukan dan paling bersemangat memulakan latihan bagi sambutan berkenaan.
"Abah memang sangat teruja dan gembira menunggu ketibaan 31 Ogos yang merupakan tarikh yang sentiasa ditunggu-tunggu untuk dia 'beraksi', dia mahu lihat Rela ini disegani orang ramai, sebab ia bukan macam badan beruniform lain seperti polis atau bomba yang sangat hebat di mata orang ramai.
"Abah mahu Rela dilihat seperti itu, sebab itu dia akan beri komitmen yang sangat tinggi. Abah nak tengok Rela ini setanding dengan pasukan badan beruniform lain termasuk ketika perbarisan Hari Kebangsaan, jadi dia buat sungguh-sungguh," katanya yang menjadi anggota Rela secara separuh masa sejak beberapa tahun lepas bersama kakaknya Qistina Amierah, 21.
Ahmad Harraz berkata demikian ketika ditemui di rumahnya semasa lawatan Pengarah Rela Negeri Sembilan Penolong Pesuruhjaya Kanan Muhammad Faiz Musa dan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri Nur Muhammad Bakhtir Mohamad Akhir di sini hari ini.
Allahyarham Muhammad Noh dilaporkan jatuh dan tidak sedarkan diri kira-kira 10 pagi semalam, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini dan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan masalah jantung.
Menceritakan kejadian semalam, Ahmad Harraz berkata pada pagi sebelum perbarisan, ayahnya itu tidak menunjukkan sebarang tanda tidak sihat atau kepenatan, malah menyangkakan Muhammad Noh hanya pengsan ketika jatuh pada acara berkenaan.
"Saya berada di belakang abah dan memegang bendera. Di hujung perbarisan, tiba-tiba abah pitam. Kaki saya sudah pun melangkah. Saya sempat pegang sebelah badan abah, namun terlepas dan disambut anggota yang berbaris di belakang.
"Saya teruskan juga kerana perbarisan masih berlangsung. Saya ingat dia pitam biasa. Bila dah habis serta berada di padang, saya yang sudah tidak sedap hati segera mencari maklumat mengenai abah dan segera ke hospital, kemudian doktor maklumkan abah dah tiada," katanya.
Ahmad Harraz yang merupakan mahasiswa semester dua dalam jurusan Ekonomi Kewangan Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris itu berkata dia akan sentiasa mengingati pesanan Allahyarham supaya bertanggungjawab dalam menjalankan tugas selain menjaga keluarga dengan sebaiknya.
Dalam pada itu, isteri Allahyarham, Maniliza Abdul Hamid, 47, berkata pada malam sebelum sambutan, suaminya ada mengadu kepenatan tapi bertegas mahu meneruskan tugasnya berikutan dia merupakan ketua untuk perbarisan itu.
"Dia selalu sakit dada tapi tak suka ke hospital. Tidak ada apa-apa tanda dia nak pergi. Suami berseloroh kata dia nak pengsan esok (hari kejadian), mungkin kerana penat, tapi saya tak fikir apa-apa. Minggu depan kami merancang untuk bercuti sekeluarga, dia kata nak berehat, tak sangka dia berehat selama-lamanya," katanya.
Terdahulu, Muhammad Faiz berkata Allahyarham ialah pejuang dan wira dalam Rela, selain pemergiannya akan dirasai keseluruhan pasukan berikutan Muhammad Noh merupakan seorang yang suka membantu orang lain terutama dalam kawad kaki.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023

Maniliza Abdul Hamid (kiri) bersama anaknya Qistina Amierah, Qistina Umairah dan Ahmad Harraz menunjukkan gambar terakhir Allahyarham Muhammad Noh Muhammad Isa. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Anggota Rela maut: "31 Ogos tarikh yang dinanti-nantikan abah"
Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh yang sentiasa dinanti-nantikan Muhammad Noh setiap tahun kerana mahu menyertai perbarisan bersempena dengan Hari Kebangsaan bersama-sama pasukan Rela.

Anggota Rela meninggal dunia ketika perbarisan Hari Kebangsaan di Negeri Sembilan
Seorang anggota Rela meninggal dunia selepas rebah pada perbarisan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan di Dataran Seremban, pagi tadi.

Tiga individu termasuk anggota Rela direman kes tuntutan palsu
Tiga individu termasuk dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) direman lima hari bagi membantu siasatan kes membuat tuntutan palsu berjumlah RM103,664 pada 2019.

Anggota Rela derma darah 219 kali sejak 1995
Zakaria Omar yang berumur 48 tahun, aktif menderma darah sejak berusia 20 tahun.

Dua beradik didakwa bunuh anggota Rela
Dua beradik dituduh membunuh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di hadapan sebuah unit pangsapuri di Petaling Jaya, 8 Okt lepas.

Kanak-kanak ditemukan lemas di tali air
Seorang anggota Rela yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian cuba menyelamatkannya, namun mangsa disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gunong.

Anggota Rela maut motosikal rempuh treler
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 7.50 malam itu, mangsa Jamaludin Ahmed, yang beralamat di Kampung Beliang, Manong meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiga sekawan guna bot sendiri bantu mangsa banjir di Kota Tinggi
Zamzul Arifin Mohidin, 38; Sapari Amat, 37; dan Hadi Salleh, 42, secara sukarela menawarkan diri membantu mangsa banjir menggunakan bot gentian kaca sepanjang 7.31 meter milik Sapari.

Cubaan seludup keluar 700 kilogram daun ketum ke Thailand gagal
Cubaan seorang lelaki yang juga anggota Rela berusia 22 tahun menyeludup 700 kilogram daun ketum melalui laluan kebun getah untuk ke sempadan negara jiran, Thailand gagal.

'Datuk Seri' kaki pukul positif dadah, gelaran disiasat polis
Seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) baru-baru ini, disahkan positif dadah.