SEREMBAN: Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) meninggal dunia selepas rebah pada perbarisan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan di Dataran Seremban, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Taware berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, lelaki yang berusia 53 tahun dikatakan mengalami serangan jantung ketika sedang melakukan lintas hormat.
“Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan anggota Rela telah jatuh dan tidak sedarkan diri semasa perbarisan lintas hormat di Dataran Seremban, kira-kira jam 10 pagi tadi.
“Pada pukul 12.25 tengah hari, pihak polis telah dimaklumkan oleh anggota bertugas kaunter aduan mengenai kematian mangsa di Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut katanya, pemeriksaan terhadap tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah selain hasil bedah siasat juga mendapati punca kejadian adalah kerana masalah jantung.
“Bedah siasat telah dilakukan dan Bahagian Forensik HTJ telah mengesahkan punca kematian adalah kerana masalah jantung ‘coronary artery acclusion’.
“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”jelasnya.
Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7707282 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Pengarah Rela Negeri Sembilan, Penolong Pesuruhjaya Kanan Muhammad Faiz Musa menyifatkan pemergian anggota tersebut, Muhammad Noh Muhammad Isa, yang telah berkhidmat selama 13 tahun sebagai kehilangan besar kepada pasukan berkenaan.
“Hari ini beliau ditugaskan sebagai ketua perbarisan untuk kontinjen Rela negeri. Allahyarham yang juga Ketua Jurulatih Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS) Politeknik Nilai di sini dikenali dengan sifat yang suka membantu terutama dalam hal berkaitan kejurulatihan kawad kaki selain penugasan anggota.
“Bukan sahaja di Rela, malah Allahyarham juga sering membantu agensi-agensi lain yang memerlukan latihan kawad kaki.. saya difahamkan pagi tadi Allahyarham sihat dan bersemangat. Beliau juga tidak pernah ketinggalan setiap kali ada perbarisan Hari Kebangsaan,” katanya kepada Bernama.
Muhammad Faiz berkata Rela akan turut membantu dengan menyalurkan sumbangan khairat kematian kepada keluarga Muhammad Noh yang bertugas sebagai penyelia di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Sembilan.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Aug 31 2023

Tangkap layar video yang memaparkan seorang anggota Rela rebah ketika perbarisan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan di Dataran Seremban, pagi tadi. - Ihsan pembaca
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Anggota Rela maut: "31 Ogos tarikh yang dinanti-nantikan abah"
Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh yang sentiasa dinanti-nantikan Muhammad Noh setiap tahun kerana mahu menyertai perbarisan bersempena dengan Hari Kebangsaan bersama-sama pasukan Rela.

Anggota Rela meninggal dunia ketika perbarisan Hari Kebangsaan di Negeri Sembilan
Seorang anggota Rela meninggal dunia selepas rebah pada perbarisan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan di Dataran Seremban, pagi tadi.

Tiga individu termasuk anggota Rela direman kes tuntutan palsu
Tiga individu termasuk dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) direman lima hari bagi membantu siasatan kes membuat tuntutan palsu berjumlah RM103,664 pada 2019.

Anggota Rela derma darah 219 kali sejak 1995
Zakaria Omar yang berumur 48 tahun, aktif menderma darah sejak berusia 20 tahun.

Dua beradik didakwa bunuh anggota Rela
Dua beradik dituduh membunuh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di hadapan sebuah unit pangsapuri di Petaling Jaya, 8 Okt lepas.

Kanak-kanak ditemukan lemas di tali air
Seorang anggota Rela yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian cuba menyelamatkannya, namun mangsa disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gunong.

Anggota Rela maut motosikal rempuh treler
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 7.50 malam itu, mangsa Jamaludin Ahmed, yang beralamat di Kampung Beliang, Manong meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiga sekawan guna bot sendiri bantu mangsa banjir di Kota Tinggi
Zamzul Arifin Mohidin, 38; Sapari Amat, 37; dan Hadi Salleh, 42, secara sukarela menawarkan diri membantu mangsa banjir menggunakan bot gentian kaca sepanjang 7.31 meter milik Sapari.

Cubaan seludup keluar 700 kilogram daun ketum ke Thailand gagal
Cubaan seorang lelaki yang juga anggota Rela berusia 22 tahun menyeludup 700 kilogram daun ketum melalui laluan kebun getah untuk ke sempadan negara jiran, Thailand gagal.

'Datuk Seri' kaki pukul positif dadah, gelaran disiasat polis
Seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) baru-baru ini, disahkan positif dadah.