JOHOR BAHRU: Anggota polis yang cedera parah ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada 17 Mei lalu sudah dibenarkan keluar dari Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, dibenarkan keluar selepas sembilan hari menerima rawatan di HSI akibat cedera parah ditembak suspek di bahu dan pinggul.
"Dalam kejadian itu kedua-dua tembakan bahagian di bahu dan pinggul itu tembus.
"Dia yang mempunyai tiga anak berusia satu, tiga dan lapan tahun itu kini diberikan cuti selama dua bulan.
"Anggota berkenaan sudah diberi sesi kaunseling di HSI dan dia yang dipercayai masih trauma akan menjalani sesi kaunseling dalam tempoh tersebut sekiranya memerlukan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Negeri Johor Kepada Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Isnin.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Afandi Senin.
Mengulas lanjut, Mohd Sohaimi bagaimanapun tidak menolak cuti yang diberikan turut bergantung kepada keadaan mangsa dan jika sudah pulih, Mohd Roslan akan kembali bertugas.
Dalam serangan di balai polis tersebut pada jam 2.45 pagi 16 Mei lalu, dua anggota polis iaitu Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut manakala Mohd Roslan mengalami kecederaan.
Suspek berusia 21 tahun turut maut apabila ditembak dalam insiden berkenaan.
Pada Jumaat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, lima ahli keluarga suspek termasuk ibu, bapa dan adik beradiknya kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Tambahnya, polis turut mereka keterangan seramai 47 saksi berhubung kejadian serangan tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 27 2024

Mohd Hasif yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 16 Mei lalu, ketika menerima rawatan di HSI. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.

Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram di Johor, selamat dikebumikan pada 6.43 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor.

Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam

Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.

Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.

Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu keluarga Allahyarham.

Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.