KUALA LUMPUR: Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam.
Di SELANGOR, Ketua Polis Datuk Hussein Omar Khan berkata pegawai dan anggota di lapangan juga kini berada pada tahap kewaspadaan tinggi terutama mereka yang bekerja pada syif luar waktu pejabat.
"Kawalan di balai-balai polis memang sentiasa dilaksanakan dan ada prosedur kawalan keselamatan cuma kadang-kadang kewaspadaan mungkin kurang sebab kita nak wujudkan suasana mesra pelanggan.
"Jadi selepas ini kita akan memperketat dan kemaskan lagi pemeriksaan untuk sesiapa yang masuk ke balai terutama pada waktu malam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata walaupun langkah itu mungkin mendatangkan kesulitan kepada orang awam berurusan di balai polis selepas waktu pejabat, namun pihaknya memberi jaminan suasana mesra pelanggan tetap diterapkan tetapi pada masa sama memastikan keselamatan anggota dan pegawai bertugas terjamin.
Di KELANTAN, Ketua Polis Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua 10 buah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), 57 buah balai dan 27 pondok polis di negeri itu telah diarahkan agar memperkemaskan sistem pertahanan sedia ada bagi memastikan kesiapsiagaan anggota.
"Persekitaran balai dan pondok polis termasuk di daerah-daerah bersempadan dengan Thailand juga akan dipertingkatkan tahap kesiapsiagaan," katanya.
Menurutnya, ia termasuk sistem pencahayaan yang lebih terang agar mudah mengawasi sebarang pergerakan mencurigakan, selain memastikan Kompleks Perumahan Polis di negeri itu sentiasa dalam keadaan selamat.
Di KEDAH, Ketua Polis Datuk Fisol Salleh berkata tahap keselamatan anggota dan pegawainya merupakan penekanan yang dititikberatkan sejak mula menggalas tugas sebagai Ketua Polis Kedah pada Jun tahun lepas.
"Penekanan keselamatan ini termasuk terhadap individu dan tempat mereka bertugas...anggota baharu juga memang sudah sedia diberi latihan semasa awal kemasukan mereka dahulu tetapi kita mantapkan lagi latihan mereka supaya tahu apa yang perlu dibuat sekiranya berdepan dengan situasi membahayakan keselamatan mereka," katanya.
Katanya, tahap keselamatan di sempadan juga diberi penekanan termasuk agensi-agensi penguat kuasa yang lain bagi memastikan tidak berlaku sebarang aktiviti jenayah.
Di SARAWAK, semua Ketua Jabatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) serta Ketua Polis Daerah diarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan serta pertahanan balai-balai polis di seluruh negeri itu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata mereka juga diminta untuk merancang pelan kawalan keselamatan yang lebih teliti.
"Saya juga sudah meminta mereka untuk memantau elemen-elemen yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas di kawasan masing-masing," katanya kepada Bernama.
Di Lahad Datu, SABAH, Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Victor Sanjos berkata tiada ancaman keselamatan dikesan pada masa ini di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
"Sempadan kita di kawasan Timur (Sabah) selamat dan dalam situasi yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024

Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam