Anggota polis yang disyaki terlibat dengan kes kematian tahanan di dalam lokap, N. Dharmendran, akan dihadapkan ke mahkamah petang ini atas tuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata laporan kertas siasatan telah diserahkan kepada jabatannya semalam setelah pasukan khas ditubuhkan polis sebelum ini selesai menjalankan siasatan terhadap kematian Dharmendran, 31.
"Berdasarkan keterangan yang diperoleh menerusi siasatan itu, saya telah memutuskan untuk menuduh anggota polis yang terlibat atas tuduhan membunuh," katanya menerusi satu kenyataan.
Beliau berkata walaupun kejadian itu dikesali, tindakan segera diambil polis dalam kes kematian Dhamenderen adalah membanggakan dan menggambarkan komitmen pasukan itu untuk menegakkan kewibawaan institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dhamenderan meninggal dunia dalam selnya di lokap Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas semasa dia ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh melibatkan senjata api.
Dia ditahan reman selama 10 hari mulai 12 Mei lepas.
Abdul Ghani berkata berdasarkan bedah siasat dijalankan Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei, punca kematian didapati sebagai kecederaan akibat hentakan objek tumpul.
"Jabatan Peguam Negara memandang serius kejadian terbaru kematian tahanan semasa dalam agensi penguatkuasaan ini dan komited untuk menangani mengikut undang-undang sebarang salah laku yang telah menyebabkan kematian Dharmendran," katanya.
Bernama
Wed Jun 05 2013
![Anggota polis terlibat kematian Dharmendran didakwa hari ini Anggota polis terlibat kematian Dharmendran didakwa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61369823281_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Panas melampau ragut lebih 176,000 nyawa setiap tahun di Eropah - WHO Panas melampau ragut lebih 176,000 nyawa setiap tahun di Eropah - WHO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722637439_TBHansHenriKluge.jpg)
Panas melampau ragut lebih 176,000 nyawa setiap tahun di Eropah - WHO
WHO Rantau Eropah dengan 53 negara anggota, memanas pada kadar dua kali ganda purata global.
![Tokyo lapor enam kematian akibat strok haba Tokyo lapor enam kematian akibat strok haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720516537_heatstrokealert.jpg)
Tokyo lapor enam kematian akibat strok haba
Enam orang maut akibat strok haba pada hujung minggu di Tokyo, menurut pihak berkuasa perubatan tempatan pada Selasa.
![Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719401136_MosquitoAEDES.jpg)
Kes demam denggi meningkat pada ME26, lima kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME26 adalah sebanyak 75,263 kes berbanding 59,057 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
![Seorang maut, tujuh cedera nahas dua kenderaan Seorang maut, tujuh cedera nahas dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719723955_kemalangan.jpg)
Seorang maut, tujuh cedera nahas dua kenderaan
Seorang lelaki maut manakala tujuh lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 71, Jalan Batu PahatMersing di sini pada Sabtu.
![Orang Asli maut dipijak gajah di Gerik Orang Asli maut dipijak gajah di Gerik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719210747_TBGajahJERTIHPer.jpg)
Orang Asli maut dipijak gajah di Gerik
Seorang lelaki Orang Asli maut, dipercayai dipijak seekor gajah di kawasan kebun getah Kampung Lerlar, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, dekat Gerik, petang semalam.
![Kes demam denggi menurun pada ME21, empat kematian dilaporkan Kes demam denggi menurun pada ME21, empat kematian dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709020690_AEDES.jpg)
Kes demam denggi menurun pada ME21, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 2,426 kes pada Minggu Epidemologi ke-21 (ME21) iaitu bagi tempoh 19 Mei hingga 25 Mei lepas.
![Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713394675_MohdNasriOmar.jpg)
Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
![Demam denggi: Tiga kematian direkodkan pada ME-13 Demam denggi: Tiga kematian direkodkan pada ME-13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Demam denggi: Tiga kematian direkodkan pada ME-13
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,579 berbanding 3,041 kes pada minggu sebelumnya.
![Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712140045_PERKESO.jpg)
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
![Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709020690_AEDES.jpg)
Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari
Sekurang-kurangnya 316 orang maut akibat demam denggi berdarah di Indonesia setakat Februari tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dante Saksono Herbuwono.