IPOH: Beberapa anggota polis di Perak dikesan terbabit dengan penyalahgunaan dadah walaupun ada antara mereka pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan tersebut, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Katanya, perbuatan tersebut dikesan apabila beberapa anggota didapati gagal dalam ujian awal saringan air kencing yang dilakukan secara mengejut pada Rabu.
"Kita akan mengambil tindakan tegas kerana ada antara mereka yang pernah gagal (positif dadah) dan pernah dituduh di mahkamah tetapi mahkamah telah membebaskan mereka," katanya tanpa mendedahkan jumlah sebenar anggota tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 Peringkat Kontinjen Perak yang turut dihadiri legenda rock negara, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman di sebuah pasar raya, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata mereka yang ditahan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan berdepan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Difahamkan, beberapa anggota gagal dalam ujian awal saringan air kencing yang dilakukan secara mengejut semasa Latihan Dalam Perkhidmatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
Terdahulu, Mior Faridalathrash, dalam ucapannya, berkata berdasarkan statistik, kes jenayah penipuan dalam talian mencatatkan jumlah kes lebih tinggi berbanding jenayah komersial yang lain.
Beliau berkata secara keseluruhan sejumlah 1,094 kes jenayah komersial direkodkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini manakala sebanyak 2,021 kes direkodkan pada tahun lepas dan sejumlah 1,919 kes dicatatkan pada tahun 2020.
Menurut beliau dalam usaha untuk mengekang peningkatan jumlah kes tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah mengambil pelbagai tindakan penguatkuasan, pembanterasan dan pencegahan.
Beliau berkata pelbagai aktiviti dan program diadakan pada kempen Anti-Scam PDRM 2022 dengan JSJK mempromosikan penggunaan CCID Scam Response Center, CCID Infoline dan portal https://semakmule.rmp.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022

Mior Faridalathrash (dua, kanan) bersama Awie (tiga, kiri) melancarkan Kempen Anti-Scam PDRM Peringkat Kontinjen Perak 2022 di AEON Kinta City, Ipoh, 21 Julai 2022. Turut sama, pelakon dan pelawak Saiful Apek (dua, kiri). --fotoBERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Anggota polis Perak dikesan terbabit dengan penyalahgunaan dadah
Beberapa anggota didapati gagal dalam ujian awal saringan air kencing yang dilakukan secara mengejut pada Rabu.