KEPALA BATAS: Seorang anggota polis cedera parah selepas diseret sejauh 20 meter di atas jalan tar sebelum terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengejar seorang lelaki bermotosikal yang melarikan diri dalam kejadian di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Dalam kejadian jam 1 pagi Khamis, anggota polis berpangkat Koperal berusia 30 tahun itu patah tulang bahu kanan dan luka pada beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, anggota berkenaan bersama beberapa anggota polis yang lain sedang melakukan tugasan rondaan Task Force Op COVID-19 ketika kejadian berlaku.
Anggota berkenaaan terserempak dengan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Sebaik anggota polis itu memperkenalkan diri, penunggang motosikal berkenaan bertindak memecut motosikal menyebabkan anggota polis mengejarnya.
“Bagaimanapun, sewaktu tiba di satu simpang jalan, motosikal lelaki itu telah berlanggar dengan motosikal anggota polis yang berada di sebelah kanan menyebabkan anggota itu terseret sejauh 20 meter dan terjatuh ke dalam longkang,” kata Noorzainy hari ini.
Noorzainy berkata, lelaki berusia 20-an yang cuba melarikan diri itu bagaimanapun berjaya ditahan di kawasan berhampiran.
“Pemeriksaan lanjut ke atas lelaki itu mendapati dia tiada lesen memandu namun tidak membawa apa-apa barang salah dan ujian saringan air kencing mendapati dia juga negatif dadah.
Anggota polis berkenaan cedera parah apabila mengalami patah bahu kanan dan luka pada badan dan di bawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk rawatan lanjut, manakala lelaki itu turut mengalami calar pada badan,” katanya.
Noorzainy berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Sep 10 2021
Keadaan dua motosikal yang berlanggar lalu menyebabkan seorang anggota polis patah tulang bahu akibat terseret. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Baiki tebing Sungai Kelantan bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GV: 'Niat kami bukan untuk memalukan' - Syafinaz Selamat jelaskan tugas juri menilai, beri input
Menurut Syafinaz, komen-komen diberikan itu adalah untuk memperbaiki mutu persembahan setiap bintang yang bertanding selain memberikan input berguna kepada mereka.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
Siasatan polis mendapati kematian kucing di Universiti Malaya (UM) di sini, baru-baru ini dipercayai akibat serangan anjing liar.
Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta
Safri Mohd Ali dijumpai orang awam di dalam kereta Perodua Viva sekitar 4 petang tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Polis beri amaran keras tidak hampiri lokasi runtuhan tebing Sungai Kelantan
Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan runtuhan tanah di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama.
Peniaga wanita rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita berusia 32 tahun itu telah melayari sebuah laman sesawang yang menawarkan pekerjaan sambilan dengan tawaran komisen tinggi.
Peniaga rugi lebih RM50,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah melihat iklan pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan dan kemudian menghubungi seorang individu melalui aplikasi Telegram.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Polis siasat video tular lelaki hisap rokok di stesen minyak, memandu secara berbahaya
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.