Seorang anggota Pasukan Gerak Am (PGA) lelaki berpangkat koperal melepaskan berdas-das tembakan secara rambang ke udara di pos keselamatan sempadan di sini petang semalam.
Suspek berusia 34 tahun itu dipercayai mengalami tekanan lalu melepaskan tembakan sehingga habis kelopak peluru senapang M16 miliknya sebelum merampas M16 rakannya dan turut menembak sehingga habis kelopak peluru senjata berkenaan.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden kira-kira pukul 5 petang di pos keselamatan bersempadan Thailand di sini dan suspek yang bertugas di Batalion Pertama berpengkalan di Ulu Kinta, Perak diberkas rakan-rakannya sebelum diserahkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supt Ghazani Abdul Ghani berkata suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.
"Suspek menembak sehingga habis kelopak peluru M16 miliknya dan kemudian mengambil M16 milik rakannya dan turut menembak sehingga habis tetapi tiada yang menjadi mangsa tembakannya.
"Dia mungkin mengalami tekanan dan mengambil dadah untuk melepaskannya kerana ujian air kencing yang dibuat mendapati beliau positif dadah," kata Ghazani ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya polis turut merampas dua senapang M16 berkaitan insiden itu dan juga tiga kelopak peluru senjata sama.
Difahamkan setiap kelopak peluru M16 boleh memuatkan antara 20 dan 30 peluru.
Ghazani berkata suspek menyertai operasi selama sebulan bersama pasukannya di sempadan Malaysia-Thailand di sini dan sepatutnya pulang ke Ulu Kinta hari ini.
Bernama difahamkan polis hari ini mendapat perintah tahanan reman empat hari ke atas suspek bagi membantu siasatan.
-- BERENAMA
Bernama
Sun Feb 12 2017
Seorang anggota PGA lelaki berpangkat koperal melepaskan berdas-das tembakan secara rambang ke udara di pos keselamatan sempadan. - Gambar Wikipedia - M16
Rapid KL lanjut operasi rel, bas sempena sambutan Tahun Baharu 2025
Langkah ini bertujuan memberikan kemudahan kepada warga kota yang ingin menghadiri sambutan ambang Tahun Baharu di sekitar pusat bandar.
Bekas PM India Manmohan Singh promosi keamanan serantau, kata Pakistan
Singh dipuji kerana membuka ekonomi India pada 1991 ketika memegang jawatan Menteri Kewangan semasa krisis pertukaran asing.
Terbuka Malaysia 2025: Tiada tekanan, tiada keseronokan, kata Yogendran
Beliau menekankan kepentingan untuk menunjukkan semangat juang di gelanggang, kerana ia lebih penting daripada segala-galanya.
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemenangan tipis kembalikan Arsenal ke tangga kedua
Kemenangan itu turut menyaksikan Arsenal kembali ke tangga kedua liga dengan enam mata di belakang Liverpool.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Anggota polis ditahan selepas lepaskan tembakan rambang
Seorang anggota PGA lelaki berpangkat koperal melepaskan berdas-das tembakan secara rambang ke udara di pos keselamatan sempadan di sini petang semalam.