Mayat seorang anggota polis yang dipercayai lemas selepas bot yang dinaiki bersama birasnya disedut kipas turbin stesen janakuasa di Pantai Telok Gong, Kuala Sungai Baru di Masjid Tanah malam tadi berjaya ditemui sekitar pukul 2.30 petang Selasa.
Mangsa Lanskopral Mohd Samsul Sharip, 33 tahun ditemui tersangkut pada jaring penapis kipas turbin janakuasa sepanjang 1.5 kilometer dan sedalam 50 kaki.
Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba Bahagian Operasi Negeri Melaka, Baharum Mohamad Hasim, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11.18 malam, dua jentera bomba dari Balai Alor Gajah, dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 25 anggota.
"Pada pukul 11 pagi kita tidak jumpa namun pada pukul 2 petang kita mulakan lagi membuat operasi mencari dan kita jumpa mayat tersangkut di jaring di dalam lubang utama. Jaring tersebut adalah bagi mengelakkan daripada sampah sampah atau pun apa bahan masuk ke dalam turbin tersebut," kata Baharum.
Mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau keluar menjala ikan bersama birasnya, Mohamad Amin Osman, 26 tahun.
Bot dinaiki mereka dipercayai disedut kipas turbin kilang janakuasa menyebabkan bot dinaiki terbelah dua dan mangsa hilang turut disedut turbin berkenaan.
Mohamad Amin berjaya menyelamatkan diri dalam insiden berkenaan.
Raffi Bachik
Tue Dec 22 2015
Mangsa Lanskopral Mohd Samsul Sharip, 33 tahun ditemui tersangkut pada jaring penapis kipas turbin janakuasa sepanjang 1.5 kilometer dan sedalam 50 kaki. - Gambar fail
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Anggota polis dipercayai lemas selepas disedut kipas turbin
Mayat seorang anggota polis yang dipercayai lemas selepas bot yang dinaiki bersama birasnya disedut kipas turbin stesen janakuasa.
Juruteknik Air India maut disedut enjin jet pesawat
Seorang juruteknik syarikat penerbangan gergasi Asia, Air India maut disedut ke dalam enjit jet ketika pesawat berkenaan mengundur sebelum berlepas.