SHAH ALAM: Seorang annggota polis berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM16,000 pada Februari lalu.
Tertuduh, Azrol Khalil, 37, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan termasuk satu pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Mengikut pertuduhan, Azrol didakwa secara rasuah menerima wang tunai berjumlah RM16,000 daripada seorang lelaki berusia 50 tahun sebagai dorongan menutup kes jenayah komersil terhadap individu yang sedang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694), dan boleh di hukum mengikut Seksyen 24 (1) Akta yang sama.
Jika didapati bersalah tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Bagi pertuduhan pilihan, tertuduh sebagai penjawat awam didakwa menerima suatu barang berharga atau wang tunai dengan jumlah yang sama pada tarikh dan lokasi sama tanpa sebarang balasan dan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Dia yang kini bertugas di bahagian pentadbiran didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Taman Prima, Sri Gombak, Batu Caves pada 7 Februari lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Noryusriza Zulkifli, kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu melaporkan diri ke pejabat SPRM serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Bagaimanapun peguam yang mewakili tertuduh, PG Cyril memohon supaya wang jaminan dikurangkan kepada RM5,000 dengan alasan anak guamnya bergantung kepada pendapatan isteri untuk menyara keluarga.
Katanya, tertuduh hanya menerima gaji sebanyak RM1,700 dan menanggung isteri serta tiga anak tiri yang tinggal di kuarters kakitangan awam di Hospital Serdang.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dan melaporkan diri ke Pejabat SPRM Selangor pada awal setiap bulan sebelum menetapkan sebutan semula kes pada 28 Jun depan.
Astro Awani
Fri May 27 2022
Azrol Khalil (kanan) membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan termasuk satu pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh di Mahkamah Sesyen Shah Alam. - Gambar SPRM Putrajaya
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Kerajaan akan terus tegakkan standard integriti tertinggi - PM Singapura
Wong berkata semua pegawai awam bertanggungjawab dan tiada sesiapa yang terlepas daripada pengawasan atau di atas undang-undang.
Lebih 40,000 penjawat awam alami isu kesihatan psikologi - KP Perkhidmatan Awam
Lebih 40,000 penjawat awam di negara ini berisiko tinggi mengalami isu kesihatan psikologi yang memerlukan intervensi segera bagi mengelakkan daripada menghidapi kecelaruan mental.
Masih ada penjawat awam ragu-ragu tandatangan SSPA - CUEPACS
Terdapat sekelompok kecil penjawat awam yang masih ragu-ragu untuk menandatangani Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa 1 Dis ini.
Penjawat awam mengaku tidak bersalah empat pertuduhan kemuka butir matan palsu
Fazlizal Kefli Jaamat, 41, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata beliau mahu 'stigma lama' berkaitan aspek pengurusan tidak cekap, dinoktahkan dan tidak mahu agensi berkaitan hal ehwal Islam itu terus dilihat ketinggalan daripada arus perdana.
SSPA: Pegawai awam diberi tempoh opsyen 40 hari bermula 21 Okt
Pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Okt untuk memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Tempoh perkhidmatan bukan ukuran penjawat awam dinaikkan pangkat
Tempoh perkhidmatan seseorang penjawat awam bukan satu ukuran atau jaminan untuk mereka dinaikkan pangkat, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pulau Pinang dalam penyediaan penyelarasan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang sedang dalam penyediaan peruntukan untuk membuat penyelarasan gaji penjawat awam negeri itu, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
[KOLUMNIS] Menjulang reformasi perkhidmatan awam Malaysia, memperkasa nilai dan kepimpinan
Perkhidmatan awam dalam alaf ketiga ini perlu disiap siaga dan berupaya mendepani cabaran serta memimpin pendapat rakyat.
Penjawat awam direman empat hari, bantu siasatan kes rasuah RM30,000
Tiga individu termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.