Seorang anggota polis cedera dipercayai ditembak lelaki warga Afrika di Jalan Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, anggota berpangkat Lans Koperal dikenali sebagai Syarom dari Unit Kereta Peronda (MPV) Balai Sri Damansara cedera di paha kiri.
Menurut jurucakap polis, anggota polis itu kini dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Beliau berkata terdahulu, anggota itu bersama rakan setugasnya sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan kereta Perodua Myvi berwarna putih yang mencurigakan.
"Anggota kemudian mengejar kereta yang dinaiki tiga lelaki warga Afrika itu sejauh kira-kira dua kilometer. Mereka bertindak melanggar beberapa buah kenderaan lain untuk melarikan diri," kata jurucakap itu.
"Anggota cuba mengejar salah seorang suspek yang cuba melarikan diri apabila kereta itu berhenti dan terkena tembakan," katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki warga Afrika itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan kereta yang dinaiki di persimpangan lampu isyarat di kawasan itu.
Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Mun berkata dia melihat suspek melarikan diri dengan tergesa-gesa dan meninggalkan kereta mereka di tepi jalan.
"Saya dengar bunyi tembakan dan melihat ada lelaki warga Afrika berbadan besar melarikan diri sebelum polis tiba," kata wanita itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Mohd Ali Thamby ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 22 2016
Anggota Polis Forensik memeriksa kenderaan yang dinaiki tiga lelaki warga Afrika dalam kejadian tembak di Jalan Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara kira-kira 6 petang tadi. - Foto Bernama
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
AWANI 7:45 [25/11/2024] – Malaysia Negara Dagang | Perdebatan Tak Sudah | Limpahan Kesatuan Sekerja | 172 Jam Tangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tekad lakukan apa sahaja demi tarik pelaburan, kata PM
- Apa guna sertai kesatuan pekerja, kalau kebajikan masih lapuk
- Dewan Rakyat kecoh lagi, cerita pasal tanda dwibahasa
- Jam pelangi dikembalikan, selepas rampasan
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
AWANI Tonight: M’sia, S.Korea elevate relations to strategic partnership
Malaysia and South Korea have elevated their bilateral relations to a strategic partnership after a meeting between its two Prime Ministers. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi shares the latest details from Seoul.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
AWANI Tonight: Australia : PM plays down privacy fears of social media ban
Australian PM Anthony Albanese has downplayed privacy concerns over a proposed social media ban for under-16s, which would use strict age verification methods like biometrics or government IDs.
Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak sepanjang Program 2TM
PDRM berjaya mengutip saman trafik tertunggak berjumlah lebih RM9 juta dalam tempoh tiga hari penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang berlangsung dari Jumaat hingga semalam.
AWANI Ringkas: Tiada syarat baharu warga emas perbaharui lesen - JPJ
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anggota polis cedera ditembak di Bandar Sri Damansara
Seorang anggota polis cedera dipercayai ditembak lelaki warga Afrika di Jalan Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara di sini, hari ini.