JEMPOL:Mendiang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal Baharuddin Ramli yang maut akibat ditembak
dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia -Thailand pada Selasa selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Kampung Orang Asli Sungai Sampo, di sini tengah hari Rabu.
Upacara pengebumian yang dilaksanakan mengikut istiadat polis itu selesai kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan dihadiri isteri mendiang, Relow Ko, 48, bersama tiga anak mereka selain kaum keluarga dan sahabat-sahabat Baharuddin.
Hadir sama bagi memberi penghormatan terakhir ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusof dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam ( KDNKA), Datuk Seri Abd Rahim Jaafar.
Terdahulu, jasad Baharuddin tiba ke rumah bapa mendiang di Kampung Orang Asli Sungai Sampo sekitar pukul 3.40 pagi tadi bagi memberi peluang kepada ahli keluarga dan sahabat handai untuk memberi penghormatan terakhir.
Dalam kejadian pada pagi Selasa, mendiang Baharuddin yang bertugas di pos sempadan Malaysia -Thailand terbunuh akibat ditembak sementara rakannya, Norihan a/l Tari, 39, pula mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.
Sehingga kini, seramai 18 lelaki termasuk tiga warga Thailand direman antara empat hingga tujuh hari bermula hari ini di Kangar bagi membantu siasatan kejadian itu.
BACA: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand
BACA: Anggota PGA ditembak: "Suami tinggalkan kami sebagai wira negara" - Isteri
BACA: Anggota PGA maut ditembak: 18 individu direman empat hingga tujuh hari
Shuhada Abdul Kadir
Wed Nov 25 2020
Upacara pengebumian Koperal Baharuddin Ramli yang maut akibat ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia -Thailand dilaksanakan mengikut istiadat polis. - Gambar Astro AWANI
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Anggota PGA Koperal Baharuddin Ramli selamat disemadi
Upacara pengebumian yang dilaksanakan mengikut istiadat polis itu selesai kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Anggota PGA maut ditembak: 18 individu direman empat hingga tujuh hari
18 individu direman selama empat hingga tujuh hari susulan kejadian seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut ditembak di sempadan Malaysia - Thailand, Padang Besar.