Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor maut digilis sebuah treler dalam satu kejadian berhampiran Plaza Tol Setia Alam menghala Setia Alam di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Mohd Ridzuan Md Yusop, 34, digilis kenderaan itu semasa ia dipercayai sedang bergerak perlahan memasuki semula lebuh raya itu setelah berhenti di lorong kecemasan untuk membuat panggilan telefon.
"Ketika kejadian, mangsa sedang menjalankan operasi rutin JPJ bersama tiga lagi anggota dan beliau baru sahaja memulangkan semula lesen memandu pemandu sebuah lori kontena lain yang ditahan di tepi lebuh raya itu untuk pemeriksaan.
"Siasatan awal mendapati treler itu berhenti di belakang lori kontena bukan untuk pemeriksaan tetapi kerana pemandunya sedang membuat satu panggilan telefon berhubung penghantaran barang yang dibawanya.
"Pemandu treler itu dipercayai sedang memandang ke kanan jalan untuk memandu keluar dan mungkin tidak menyedari mangsa berada di hadapan sebelah kiri lori lalu melanggarnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Shafien berkata tiga lagi rakan mangsa tidak mengetahui berlakunya kemalangan berkenaan kerana keadaan lebuh raya yang bising dan jarak mangsa dengan kumpulan itu adalah kira-kira 30 meter, sehingga mereka dimaklumkan saksi kejadian.
Beliau berkata Mohd Ridzuan yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia serta merta di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
Pemandu lori treler itu, lelaki tempatan berumur 68 tahun, kini direman mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata Mohd Ridzuan telah berkhidmat selama lima tahun di JPJ Selangor dan merupakan anggota yang cemerlang dalam tugas serta amat berdisiplin.
Beliau berkata isteri mangsa yang hamil enam bulan di Melaka telah dimaklumkan mengenai kemalangan itu.
Pasangan berkenaan turut mempunyai seorang anak perempuan berumur empat tahun.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron yang menziarahi jenazah mangsa di Jabatan Forensik Hospital Shah Alam berkata jenazah mangsa akan dikebumi di Bukit Rambai, Melaka.
"Seluruh warga JPJ berasa amat sedih dengan kejadian yang tidak dijangka ini...semua anggota dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati menjalankan tugas," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 23 2016
![Anggota penguat kuasa JPJ maut digilis treler di Setia Alam Anggota penguat kuasa JPJ maut digilis treler di Setia Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61479896073_JPJGilis.jpg)
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mohd Ridzuan Yusuf, 34, maut selepas dirempuh sebuah lori trelar ketika menjalankan tugas dalam operasi sekatan jalan raya di Plaza Tol Setia Alam hari ini. - Foto Bernama
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024 JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707385423_TBJPJjpg.jpg)
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
![JPJ Pulau Pinang keluar 166 saman dalam Ops Khas Bersepadu JPJ Pulau Pinang keluar 166 saman dalam Ops Khas Bersepadu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708874891_TBjpj.jpg)
JPJ Pulau Pinang keluar 166 saman dalam Ops Khas Bersepadu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 166 saman hasil pemeriksaan terhadap 455 kenderaan menerusi Ops Khas Bersepadu di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
![JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707919168_JPJ.jpg)
JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 3,440 aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya yang disalurkan menerusi aplikasi MyJPJ dan e-mel.
![Ops Tahun Baru Cina 2024: Bas persiaran ditahan, pemandu tiada lesen - JPJ Ops Tahun Baru Cina 2024: Bas persiaran ditahan, pemandu tiada lesen - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707492780_jpjoperasiLokma.jpg)
Ops Tahun Baru Cina 2024: Bas persiaran ditahan, pemandu tiada lesen - JPJ
Bas persiaran itu ditahan ketika pemeriksaan dokumen ke atas pemandu dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam.
![JPJ Selangor catat peningkatan 32 peratus pengeluaran notis tahun lepas JPJ Selangor catat peningkatan 32 peratus pengeluaran notis tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706026843_AzrinBorhan.jpg)
JPJ Selangor catat peningkatan 32 peratus pengeluaran notis tahun lepas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus pengeluaran notis dengan 349,289 notis atas pelbagai kesalahan tahun lepas berbanding 263,786 notis pada 2022.
![JPJ keluar 331 notis daripada 1,308 kenderaan diperiksa dalam Op Khas JPJ keluar 331 notis daripada 1,308 kenderaan diperiksa dalam Op Khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698720355_tbLokmanJamaan.jpg)
JPJ keluar 331 notis daripada 1,308 kenderaan diperiksa dalam Op Khas
JPJ mengeluarkan 331 notis atas pelbagai kesalahan daripada pemeriksaan terhadap 1,308 kenderaan menerusi Op Khas Kenderaan dan Premis Pelancongan selama dua hari bermula semalam di Kedah dan Perlis.
![JPJ Pulau Pinang keluar 103 notis saman pelbagai kesalahan JPJ Pulau Pinang keluar 103 notis saman pelbagai kesalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704621356_TBOPHRAAjpg.jpg)
JPJ Pulau Pinang keluar 103 notis saman pelbagai kesalahan
Sebanyak 103 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan, termasuk kenderaan berat serta penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
![132 kenderaan diambil tindakan dalam Operasi Khas Kenderaan Komersial 132 kenderaan diambil tindakan dalam Operasi Khas Kenderaan Komersial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697028310_TBOPERASI.jpg)
132 kenderaan diambil tindakan dalam Operasi Khas Kenderaan Komersial
Sebanyak 346 notis kesalahan turut dikeluarkan ke atas pemandu dan pemilik kenderaan sepanjang operasi berkenaan.
![JPJ Kelantan sita 196 kenderaan dipandu warga asing tanpa geran milikan JPJ Kelantan sita 196 kenderaan dipandu warga asing tanpa geran milikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696506719_TBjpj.jpg)
JPJ Kelantan sita 196 kenderaan dipandu warga asing tanpa geran milikan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita sejumlah 196 kenderaan yang digunakan warga asing tanpa geran milikan sejak Januari hingga September tahun ini.
![JPJ diarah perbaiki sistem JPJeBid - Anthony Loke JPJ diarah perbaiki sistem JPJeBid - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691220082_AnthonyLokeSiewFo.jpg)
JPJ diarah perbaiki sistem JPJeBid - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperbaiki sistem JPJeBid yang berdepan kekangan kapasiti pada waktu puncak.