KOTA BHARU: Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang melarikan diri ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Op Pengarah JPJ Kelantan di Jalan Kuala Krai - Kota Bharu, di sini, malam tadi.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, Mohamed Azrin Abdul Wahab, 43, dirempuh sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak kira-kira 9 malam di SJR berhampiran Akademi JPJ Wilayah Timur.
"Kita dah kenal pasti pemilik kereta terbabit berdasarkan nombor pendaftaran dan laporan polis akan dibuat, insya-Allah dengan bantuan polis kita akan buat tangkapan dan kenderaan berkenaan akan disita," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi itu.
Terdahulu, kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki itu dilihat cuba melarikan diri daripada SJR terbabit, namun gagal apabila enjin kereta tiba-tiba gagal berfungsi, lalu seorang anggota JPJ yang berada di bahagian belakang kereta mengarahkan pemandu itu untuk masuk ke dalam kawasan Akademi JPJ Wilayah Timur bagi pemeriksaan lanjut.
Apabila pemandu terbabit berjaya menghidupkan semula enjin kereta, suspek terus meluru ke arah Mohamed Azrin yang berada di hadapan kenderaan itu dan mangsa bertindak melompat ke atas bahagian bonet hadapan kereta sebelum terjatuh di tepi kenderaan itu.
Mengulas lanjut, Mohd Misuari berkata, Mohamed Azrin yang cedera pada tangan dan kaki telah mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.
Sementara itu, Mohd Misuari berkata Op Pengarah JPJ Kelantan melibatkan 76 JPJ, Jabatan Alam Sekitar Kelantan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan telah melakukan pemeriksan terhadap 569 kenderaan dan 113 telah diambil tindakan.
"Sebanyak 188 notis telah dikeluarkan melibatkan 132 notis saman, notis larangan penggunaan kenderaan (20), notis arah periksa kenderaan (20) dan notis penahanan kenderaan (16)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024

Seorang anggota penguat kuasa JPJ Kelantan cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang melarikan diri ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Op Pengarah JPJ Kelantan di Jalan Kuala Krai - Kota Bharu, malam tadi. - Gambar fail
Tenaga kerja mahir semakin terhad, apa solusi?
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam membangunkan tenaga kerja mahir, dengan ketidakpadanan antara penawaran graduan dan permintaan pekerjaan berkemahiran tinggi. Walaupun ramai graduan dihasilkan, ramai yang terpaksa bekerja dalam bidang berkemahiran rendah atau separa mahir.

Presiden Nigeria isytihar darurat di River State
Presiden Bola Tinubu mengisytiharkan darurat di Rivers State, wilayah kaya minyak, berikutan krisis politik berpanjangan dan kegagalan pentadbiran.

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM
Pelantikan Salim adalah bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 2 Februari lalu.
"Walau sesakit manapun, realitinya saya sekadar kenderaan" - Syed Saddiq
Syed Saddiq menyatakan bahawa beliau terhutang budi kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong dari awal. Selain ibu bapa, beliau juga menyatakan penghargaan kepada Bella Astillah yang turut hadir bersama beliau di mahkamah dengan berkata "dia wanita yang luar biasa dan saya terhutang budi". #AWANInews

Kanada pergiat usaha tingkat dagangan, pelaburan termasuk dengan Kanada
Kanada sedang mempergiatkan usaha bagi meningkatkan aspek perdagangan dan pelaburannya, termasuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia selain menembusi pasaran baharu.
Lelaki warga emas didakwa hari ini
Seorang lelaki warga emas yang didakwa menampar bukan Muslim kerana makan di tempat awam pada Ramadan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas tuduhan mencederakan mangsa. #AWANInews

Presiden Somalia terselamat daripada cubaan bunuh di Mogadishu
Kerajaan Somalia sahkan letupan di Mogadishu pada Selasa merupakan cubaan bunuh terhadap Presiden Hassan Sheikh Mohamud oleh kumpulan al-Shabaab.
Dua pemandu lori ditahan bersama ganja RM500,000
dua pemanduuPolis menahan dua pemandu lori warga tempatan disyaki ahli sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah, serta merampas 146.59 kilogram ganja dan 1.075 kilogram bunga ganja bernilai RM500,000 pada dua serbuan operasi khas di Pulau Pinang pada Sabtu. #AWANInews

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US selepas keputusan FED mengenai kadar faedah
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4405/4480 daripada dolar US berbanding 4.4450/4490 ketika ditutup pada Isnin.
#AWANIRingkas 19 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri sambung beri keterangan
2️⃣ Prosiding dua hari sehingga esok
3️⃣ Tekanan supaya baki tebusan dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri sambung beri keterangan
2️⃣ Prosiding dua hari sehingga esok
3️⃣ Tekanan supaya baki tebusan dibebaskan
#awaniringkas

Anggota JPJ cedera dilanggar pemandu lari sekatan jalan raya
Mohamed Azrin Abdul Wahab dirempuh Perodua Kancil berwarna perak kira-kira 9 malam di SJR berhampiran Akademi JPJ Wilayah Timur.