Wed Mar 19 2025
#AWANIRingkas 19 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri sambung beri keterangan
2️⃣ Prosiding dua hari sehingga esok
3️⃣ Tekanan supaya baki tebusan dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri sambung beri keterangan
2️⃣ Prosiding dua hari sehingga esok
3️⃣ Tekanan supaya baki tebusan dibebaskan
#awaniringkas
[TERKINI] Taklimat & Sidang Media Bagi Persediaan Plus | 19 Mac 2025
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.
Pantau Belanjawan: Sasaran RM180 Bilion Jualan Hartanah: Adakah pasaran bersedia?
Malaysia menyasarkan jualan RM180 bilion pada 2025 dengan ASEAN Real Estate Conference (AREC) 2025 bakal menghimpunkan pemimpin hartanah dari ASEAN dan China. Bagaimana strategi kerajaan akan memacu industri ini? Kupasan lanjut bersama Penyelidik, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Theebalakshmi Kunasekaran.
Masjid, surau diarah laksana solat hajat untuk Palestin
Semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah melaksanakan solat hajat secara berterusan sebagai doa kepada rakyat Palestin sepanjang baki Ramadan.
Indonesia gesa UNSC bertindak menentang serangan baharu Israel ke atas Gaza
Majlis Keselamatan PBB dan masyarakat antarabangsa digesa untuk mengambil tindakan terhadap serangan baharu Israel di Gaza dan mengembalikan gencatan senjata bagi mengelakkan korban jiwa dalam kalangan orang awam.
Gesaan itu dibuat Kementerian Luar Indonesia menerusi satu kenyataan di X.
Gesaan itu dibuat Kementerian Luar Indonesia menerusi satu kenyataan di X.
Angkasawan NASA pulang selepas 9 bulan di angkasa
Angkasawan NASA Butch Wilmore dan Suni Williams kembali ke Bumi selepas sembilan bulan di angkasa berikutan kegagalan kapal angkasa Boeing Starliner yang sepatutnya membawa mereka pulang lebih awal.
Palestin mohon sesi tergempar Majlis Liga Arab
Pada Selasa, permohonan untuk mengadakan sesi tergempar Majlis Liga Arab di peringkat wakil tetap dikemukakan Palestin, susulan tindakan Israel secara unilateral menamatkan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Lubang benam di Gua Musang-Lojing sedang dibaiki
Lubang benam di Jalan Gua Musang-Lojing, insiden kali ketiga berlaku berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, Gua Musang sedang giat diperbaiki dan bakal dibuka hanya selorong sebelum 28 Mac ini bagi memudahkan perantau pulang untuk sambutan Aidilfitri pada hujung bulan nanti.
Salim Fateh Din dilantik Pengerusi Penasihat
Tan Sri Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 2 Februari dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Lelaki tampar ketika Ramadan diberi DNAA, kes dirujuk AGC
Mahkamah Majistret Johor Bahru memberi DNAA kepada warga emas yang didakwa menampar lelaki bukan Muslim kerana makan di tempat awam ketika Ramadan, sementara kes dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.
Ismail Sabri sambung beri keterangan hari ini
Ikuti lintas langsung bersama wartawan Astro AWANI, Asyraf Malik dari Putrajaya mengenai siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
RUU PSB adalah penyelesaian kepada pergelutan rakyat dan pemaju
Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) turut menjadi topik yang perlu diberi penjelasan, kata Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah. Ianya terkait dengan dakwaan mengatakan pemilik asal kediaman terutama Melayu dan Bumiputera akan hilang hak mereka apabila RUU ini dilaksanakan. #AWANInews
Memanjangkan fitnah dibulan Ramadan merupakan serendah-rendah akhlak
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menyentuh hal yang mengaitkan usaha fitnah terhadap beliau.
Usaha beberapa pihak tertentu yang giat menabur fitnah dengan pelbagai siri dan cerita lapuk yang diulang-ulang merupakan keterdesakan dan kontangnya idea pihak tersebut. #AWANInews
Usaha beberapa pihak tertentu yang giat menabur fitnah dengan pelbagai siri dan cerita lapuk yang diulang-ulang merupakan keterdesakan dan kontangnya idea pihak tersebut. #AWANInews
AWANI Ringkas: Pelanggaran Akta Mesin Cetak 1984
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Siasatan SPRM ke atas bekas PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tenaga kerja mahir semakin terhad, apa solusi?
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam membangunkan tenaga kerja mahir, dengan ketidakpadanan antara penawaran graduan dan permintaan pekerjaan berkemahiran tinggi. Walaupun ramai graduan dihasilkan, ramai yang terpaksa bekerja dalam bidang berkemahiran rendah atau separa mahir.