KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mewajibkan semua anggotanya untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam usaha mencegah penularan jangkitan itu.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, suntikan vaksin itu penting kerana tugasan anggota pasukan tersebut mempunyai hubung kait dengan orang awam semasa menyelamat.
"Mana-mana anggota yang bertugas sebagai penyelamat mesti melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
"Hal ini bertujuan untuk memastikan keselamatan diri anggota terjaga semasa melaksanakan tugas-tugas menyelamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa lawatan kerja ke JBPM Kelantan pada Ahad.
Menurutnya, pada masa sama anggota penyelamat juga diwajibkan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) yang lengkap dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa melaksanakan tugas.
Beliau berkata, setiap anggota bertugas turut dipantau menerusi ujian saringan bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan Covid-19 sebelum memasuki balai.
Mohammad Hamdan berkata, sekiranya ada gejala anggota terlibat perlu patuh kepada arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Alhamdulillah, sehingga hari ini sudah 90 peratus anggota bomba di seluruh negara telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin.
"Baki yang belum menerima suntikan itu disebabkan oleh masalah kesihatan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohammad Hamdan berkata, sehingga kini seramai 125 anggota JBPM telah positif COVID-19 dan menjalani kuarantin di rumah.
Kebanyakan anggota JBPM yang terkena jangkitan itu jelas. beliau adalah disebabkan penularan dalam peringkat komuniti dan bukan semasa melaksanakan tugas menyelamat.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 19 2021
Mohammad Hamdan (kiri) memeriksa barisan kehormat anggota bomba semasa lawatan kerja ke JBPM Kelantan pada Ahad. -Foto Sinar Harian
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
Anggota bomba wajib lengkap dua dos vaksin - KP JBPM
Suntikan vaksin itu penting kerana tugasan anggota pasukan tersebut mempunyai hubung kait dengan orang awam semasa menyelamat.
37.5 peratus populasi negara lengkap dua dos vaksin COVID-19
Selangor merekodkan jumlah harian dos tertinggi dengan lebih 20,000 dos bagi dos pertama dan lebih 67,000 dos kedua.
Arab Saudi benarkan kemasukan pelancong lengkap divaksin mulai 1 Ogos
Bermula 1 Ogos 2021, tiada lagi larangan masuk ke Arab Saudi kepada pemegang visa pelancong yang lengkap divaksin dan tiada kuarantin diperlukan.
PM minta JKJAV nilai semula kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin
Penilaian itu sebagai petanda bahawa kehidupan rakyat secara beransur kembali normal sementara kerajaan menguruskan pandemik COVID-19.