HARI ini dengan gembiranya peminat Apple dapat mengambil dan membeli siri iPhone 16.


Ringkasan AI
  • Terdapat empat model baharu iaitu iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro, dan iPhone 16 Pro Max dengan harga antara RM3,999 hingga RM7,999.
  • iOS 18.1 dan iPadOS 18.1 kini dalam fasa beta umum pertama, membolehkan pengguna menguji Apple Intelligence pada peranti tertentu.
  • Akses kepada Apple Intelligence mempunyai senarai menunggu dan hanya menyokong Bahasa Inggeris Amerika Syarikat.
  • Pengguna dinasihatkan untuk tidak menggunakan versi beta ini pada peranti utama mereka kerana ia masih belum stabil.


Terdapat empat model iaitu iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max dengan harga bermula RM3,999 mencapai sehingga RM7,999.

Sayang sekali, iPhone baharu ini tidak mempunyai ciri kecerdasan buatan generatif Apple Intelligence kerana ia masih dalam bentuk beta – tetapi ia berubah hari ini.

iOS 18.1 dan iPadOS 18.1 hari ini memasuki fasa beta umum pertama (Public Beta 1).

Melaluinya anda boleh menguji Apple Intelligence pada kedua-dua iPhone 15 Pro dan siri iPhone 16 serta iPad dengan cip Apple M.

Jika anda telah mendaftarkan diri untuk menguji, perlu diingatkan yang akses kepada Apple Intellligence ini mempunyai senarai menunggu.

Kami turut tidak menasihatkan anda menggunakan iOS versi beta pada peranti yang baru dibeli atau yang anda gunakan setiap hari kerana ia masih belum stabil.

Jika anda sudah menerima akses Apple Intelligence, penggunaannya juga masih terhad seperti hanya Bahasa Inggeris Amerika Syarikat sahaja yang disokong dan hanya boleh menjana teks – kerana lain-lain hanya akan tiba dalam fasa beta seterusnya. -Amanz