APPLE Private Cloud Compute adalah kaedah memproses data untuk ciri kecerdasan buatan generatif dengan fokus kepada privasi dan sekuriti data pengguna.

Apple yakin yang kaedah memproses data mereka adalah lebih selamat berbanding syarikat AI lain.

Oleh yang demikian, Apple telah menawarkan ganjaran lumayan jika sesiapa boleh menggodam Private Cloud Compute.

Apple menawarkan ganjaran dari $50,000 (~RM217,512) sehingga $1,000,000 (~RM4,350,500).

Ganjaran adalah berbeza mengikut jenis kerentanan sekuriti yang ditemui.

Apple turut membuka untuk sesiapa menyemak kod mereka dan buktikan jika Apple benar-benar menyimpan atau menggunakan data peribadi pengguna.

Cuma apa yang tidak pasti adalah, jika Apple Intelligence menggunakan sistem komput awanan peribadi – bagaimana pula dengan data pengguna apabila menggunakan ChatGPT menerusi Siri dalam iOS 18.2?

Dengan ia baru sahaja terbuka kepada semua semalam, kita pasti akan mendengar maklumat lanjut mengenai hal ini tidak lama lagi.

Sama-sama kita nantikan. -Amanz