Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan memandang serius ancaman siber terhadap kanak-kanak termasuk pengantunan kanak-kanak yang akan menggugat kelestarian kesejahteraan kanak-kanak.
Beliau berkata kanak-kanak yang menggunakan media sosial, 'open platform education' dan aplikasi digital dalam aspek pendidikan untuk mendapatkan makklumat dan interaksi sosial berdepan ancaman siber seperti pornografi, sexting, buli siber yang semakin menular.
"Tanpa pemantauan yang rapi oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih dewasa, kanak-kanak boleh terdedah kepada bahaya pengantunan kanak-kanak melalui internet.
"Adalah lebih menyedihkan apabila kanak-kanak ini menjadi mangsa kepada individu-individu yang dikenali, yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga dan memelihara kebajikan kanak-kanak," katanya ketika merasmikan penutupan Persidangan Melestari Kesejahteraan Kanak-Kanak, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas di sini, pada Isnin.
"Saya berharap agar semua pihak, lebih-lebih lagi ibu bapa dan ahli keluarga memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak supaya dapat mengenal pasti sekiranya terdapat unsur-unsur eksploitasi di peringkat awal," kata Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Beliau berkata statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan sebanyak 86 kes buli siber telah dilaporkan bagi 2014 hingga Oktober lepas.
Sementara itu, Dr Wan Azizah juga menerima resolusi kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas daripada wakil peserta persidangan.
Antara yang terkandung dalam resolusi bagi kanak-kanak adalah merangka satu kaedah intervensi awal dalam mengenal pasti perubahan tingkah laku pelajar sekolah yang berkemungkinan menjadi pembuli atau mangsa buli siber dan juga meningkatkan penguatkuasaan undang-undang lebih tegas dan konsisten bagi membendung jenayah siber yang berleluasa dalam kalangan kanak-kanak.
Resolusi bagi OKU termasuk menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi secara langsung atau tidak langsung dalam semua aspek kehidupan, mencari kaedah berkesan dan menyeluruh berdasarkan lokasi dan status sosial bagi membantu pengesanan awal ketidakupayaan, memastikan ibu bapa, penjaga dan individu OKU mendaftarkan ketidakupayaan bagi membantu kerajaan merancang keperluan OKU.
Resolusi bagi warga emas termasuk penelitian pewujudan Akta Warga Emas yang komprehensif, meningkatkan tanggungjawab sosial dalam kalangan badan korporat untuk memperkasa peranan industri penjagaan swasta bagi warga emas dan meningkatkan kesedaran agar rakyat Malaysia bersedia untuk persaraan dengan meningkatkan tahap celik kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 05 2018

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan Anugerah Pingat Hang Tuah kepada Muhammad Darwisy Abdullah (tengah). --fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Ancaman siber gugat kelestarian kesejahteraan kanak-kanak - Dr Wan Azizah
Kanak-kanak yang menggunakan media sosial, 'open platform education' dan aplikasi digital dalam aspek pendidikan untuk mendapatkan makklumat dan interaksi sosial berdepan ancaman siber.