Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa rakyat Malaysia terutamanya peniaga-peniaga di Jalan Alor dan kawasan sekitarnya di Kuala Lumpur supaya tenang dan yakin dengan polis bagi memastikan keselamatan di jalan-jalan berkenaan.
"Saya mahu memuji polis dan (rangkaian) risikan (mereka) kerana menjalankan tugas dengan baik bagi menangani isu pengganas di negara ini.
"Kami berharap polis akan terus meningkatkan pemantauan bagi memastikan kita bebas daripada serangan pengganas di negara ini," katanya pada sidang media selepas Dialog Pasca Persidangan dengan Pemimpin Industri di pejabat beliau di sini, hari ini.
Liow, yang juga Menteri Pengangkutan diminta mengulas mengenai nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur semalam mengenai kemungkinan berlakunya serangan pengganas di Jalan Alor dekat Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya.
Sementara itu, Liow menggesa polis mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menggesa supaya diadakan perhimpunan di Jalan Petaling di Kuala Lumpur esok.
Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Jamal Md Yunus mengancam untuk mengadakan satu lagi perhimpunan di Jalan Petaling esok.
Mengenai Dialog Pasca Persidangan dengan Pemimpin Industri itu, Liow berkata sebanyak 10 resolusi yang dikemukakan pihak industri akan dibawa ke Persidangan Perwakilan Tahunan MCA akan datang.
Beliau berkata antara resolusi yang dikemukakan ialah isu kekurangan tenaga mahir tempatan dalam industri utama seperti logistik dan kesukaran mendapat pekerja asing dalam sektor komoditi.
Bernama
Fri Sep 25 2015
![Ancaman pengganas: Rakyat diminta yakin dengan polis - Liow Ancaman pengganas: Rakyat diminta yakin dengan polis - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51437488141_LiowTiongLai.jpg)
Liow menggesa polis mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang menggesa supaya diadakan perhimpunan di Jalan Petaling di Kuala Lumpur esok. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Gaduh di kedai makan: Polis rakam keterangan lima individu Gaduh di kedai makan: Polis rakam keterangan lima individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658529735_PolisKeterangan.jpg)
Gaduh di kedai makan: Polis rakam keterangan lima individu
Siasatan sebelum ini dijalankan berdasarkan satu video tular dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang memaparkan kejadian pergaduhan itu.
![Polis tahan suspek terlibat dalam pemalsuan dokumen keputusan ujian COVID-19 Polis tahan suspek terlibat dalam pemalsuan dokumen keputusan ujian COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51591090397_MazlanLazim.jpg)
Polis tahan suspek terlibat dalam pemalsuan dokumen keputusan ujian COVID-19
Pihak polis berjaya menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam sindiket memalsukan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19.
![Ancaman pengganas: Rakyat diminta yakin dengan polis - Liow Ancaman pengganas: Rakyat diminta yakin dengan polis - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51437488141_LiowTiongLai.jpg)
Ancaman pengganas: Rakyat diminta yakin dengan polis - Liow
Rakyat Malaysia terutamanya peniaga-peniaga di Jalan Alor dan kawasan sekitarnya di KL supaya tenang dan yakin dengan polis bagi memastikan keselamatan di jalan-jalan berkenaan.
![Dakwaan ancaman pengganas di Jalan Alor, tiga ditahan Dakwaan ancaman pengganas di Jalan Alor, tiga ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71443181689_pengganas.jpg)
Dakwaan ancaman pengganas di Jalan Alor, tiga ditahan
Pihak polis turut meningkatkan rondaan di Jalan Alor dan sekitar Kuala Lumpur selepas menerima maklumat bahawa akan berlaku serangan pengganas di kawasan itu.
![Polis jamin KL selamat - Ketua Polis KL Polis jamin KL selamat - Ketua Polis KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439998872_TajuddinMatIsa.jpg)
Polis jamin KL selamat - Ketua Polis KL
Datuk Tajuddin Md Isa berkata keselamatan di ibu kota adalah terkawal di sebalik nasihat perjalanan oleh Amerika Syarikat dan Australia.