Pihak polis berjaya menahan dua suspek warganegara Bangladesh yang dipercayai terlibat dalam sindiket memalsukan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 pada Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya telah membuat serbuan di sebuah premis di Jalan Alor, Kuala Lumpur dan berjaya menahan seorang lelaki warganegara Bangladesh yang merupakan penjaga kaunter premis.
“Hasil pemeriksaan di dalam premis tersebut, pihak polis berjaya membuat rampasan seperti sebuah komputer riba, dua mesin pencetak, seunit mesin laminator dan dua helai kertas keputusan ujian saringan COVID-19,” jelasnya.
Sementara itu, pihaknya turut melakukan satu lagi serbuan di sebuah premis lain yang juga terletak di Jalan Alor, Kuala Lumpur dan menangkap seorang lagi lelaki warganegara Bangladesh.
Antara rampasan yang dibuat ialah sebuah komputer riba, sebuah mesin pencetak, seunit mesin laminator, sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang terdapat cetakan laporan ujian saringan COVID-19 yang disyaki palsu, sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang kosong dan wang tunai RM1331.00.
“Kaunter yang beroperasi di kaki lima kedai di Jalan Alor itu dipercayai telah beroperasi selama satu hingga dua minggu dengan setiap satu dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 dikenakan bayaran RM50.00.
“Pihak polis mendapati kadar sewaan tapak adalah RM600.00 sebulan. Premis beroperasi setiap hari bermula jam 12.00 tengahari sehingga 9.00 malam di mana seorang penjaga akan ditempatkan di kaunter untuk mengendalikan sebuah komputer riba ketika berurusan dengan pelanggan.
“Sasaran pelanggan dipercayai terdiri daripada warganegara asing. Kedua-dua suspek di kedua-dua premis tersebut bekerja dengan dua orang lelaki Melayu dan anggaran gaji suspek adalah RM1,500 dan RM1,700 sebulan,” tambahnya lagi.
Menurut kenyataan itu lagi, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 468 Kanun Keseksaan, Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.
Faris Danial Razi
Sat Jun 06 2020
![Polis tahan suspek terlibat dalam pemalsuan dokumen keputusan ujian COVID-19 Polis tahan suspek terlibat dalam pemalsuan dokumen keputusan ujian COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51591090397_MazlanLazim.jpg)
Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya telah membuat serbuan di sebuah premis di Jalan Alor dan berjaya menahan seorang lelaki warganegara Bangladesh yang merupakan penjaga kaunter premis. - Gambar fail/BERNAMA
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
![Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716857632_CycloneRemalWeather.jpg)
Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh
Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada.
![Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716436988_AnwarulAzimAnar.jpg)
Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India
Anwarul Azim Anar, 56, seorang Ahli Parlimen selama tiga penggal pergi ke India pada 12 Mei dan hilang pada hari berikutnya.
![Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715957421_TBMesir.jpg)
Mesir galas jawatan Presiden D8, utamakan PKS dan pertumbuhan berasaskan teknologi
Mesir telah mengambil alih jawatan Presiden Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8) untuk tempoh sehingga akhir 2025, menggantikan Bangladesh.
![Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715575365_Lelakimautjpg.jpg)
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
![Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714084049_heatwavedhakaba.jpg)
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
![Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710200288_TurkeyRamadanTar.jpg)
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
![Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-10/81476241959_Rakhine.jpg)
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
![Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707372271_TBburuhaiwanjpg.jpg)
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
![Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707170405_Rohingyarefugees.jpg)
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
![Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704100791_TBwargaasing.jpg)
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.