KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dan tidak pernah memandang ringan terhadap apa pun ancaman keselamatan di Sabah termasuk jenayah rentas sempadan.
Panglima Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy berkata pasukan keselamatan sentiasa bersama dalam mengatur gerak bagi memastikan negeri itu terutama di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) sentiasa selamat.
"TLDM bersama agensi keselamatan lain akan memastikan perairan negara khususnya Esszone tidak lagi diceroboh pengganas Sulu.
Kita masih tidak boleh memandang ringan terhadap sebarang ancaman (keselamatan) dalam bentuk apa juga di kawasan Pantai Timur (Sabah) seperti penculikan, rompakan di laut dan jenayah rentas sempadan masih ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East 1/2023 di Markas Pemerintahan Armada Timur TLDM Teluk Sepanggar di sini hari ini.
Pada Februari 2013, sekumpulan 100 pengganas Sulu dari Selatan Filipina, mendarat di pantai Kampung Tanduo, Lahad Datu sehingga mencetuskan pertempuran berdarah, mengakibatkan 10 anggota pasukan keselamatan dilaporkan terkorban, manakala sekurang-kurangnya 68 pengganas Sulu ditembak mati.
Setelah tragedi hitam itu berakhir, Tanduo dijadikan kem tentera pada 15 Mac 2013 di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan pewujudan kem tentera adalah usaha kerajaan memantau anasir jahat, khususnya bagi memastikan insiden di Kampung Tanduo itu tidak berulang.
Beliau berkata TLDM juga mempunyai jaringan maklumat risikan dengan agensi keselamatan lain bagi mengukuhkan keselamatan di perairan negara selain aset juga digerakkan di Esszone untuk menjalankan operasi bagi memberi keyakinan kepada masyarakat tentang langkah yang dilaksanakan pasukan keselamatan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023

Laksamana Madya Datuk Pahlawan Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy bercakap pada sidang media selepas majlis perasmian Operational Sea Training Exercise (OSTEX). - Foto BERNAMA

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.

Ancaman keselamatan di Sabah tidak dipandang ringan - TLDM
Pasukan keselamatan negara sentiasa dalam keadaan siap siaga dan tidak pernah memandang ringan terhadap apa pun ancaman keselamatan di Sabah termasuk jenayah rentas sempadan.