KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis melepas dan membebaskan anak saudara kepada bekas Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa dan bekas pekerjanya daripada tiga pertuduhan rasuah kerana tidak melaporkan kemasukan pekerja asing kepada pihak imigresen, enam tahun lepas.
Hakim, Azura Alwi membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi untuk menggugurkan pertuduhan yang dihantar oleh R Naveen Kularasa, 51, dan bekas pekerja Sivarasa, Nico Kam Joo Hoe, 25, telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
"Kes ini telah ditetapkan untuk perbicaraan pada minggu hadapan namun terdapat perkembangan baharu iaitu representasi untuk menggugurkan pertuduhan yang dihantar kedua-dua tertuduh diterima oleh AGC.
"Oleh itu pihak pendakwaan memohon untuk menarik balik pertuduhan dan mohon mahkamah melepaskan tanpa membebaskan kedua-dua tertuduh,” kata Noralis pada sebutan kes itu, hari ini.
Peguam Ramesh Sivakumar yang mewakili Joo Hoe dan M Puravalen yang mewakili Naveen memohon anak guam mereka dilepas dan dibebaskan, mengambil kira faktor kes yang dituduh merupakan kes aduan lama sejak 2017 dan adalah tidak munasabah untuk membiarkan kedua-dua tertuduh dibelenggu pertuduhan sekiranya pendakwaan menukar fikiran.
"Perkara ini harus dimuktamadkan. Pihak pendakwaan juga tidak memberikan sebarang alasan mengapa kedua-dua tertuduh tidak harus dilepas dan dibebaskan,” kata Ramesh.
Setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak, Azura kemudian melepas dan membebaskan kedua-dua lelaki itu dan memerintahkan wang jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh dikembalikan kepada penjamin.
Pada 24 Jan tahun lepas, Naveen dan Joo Hoe mengaku tidak bersalah atas dakwaan bersama-sama telah secara rasuah meminta wang tunai RM55,000 bagi diri mereka daripada warga Bangladesh, Mono Miah Siddikur Rahman sebagai dorongan kononnya untuk tidak melaporkan kepada pihak imigresen berkaitan Syarikat Dyna Maintainance Services Sdn Bhd milik individu itu yang dikatakan telah membawa masuk pekerja asing dengan menggunakan kelayakan profesional untuk kerja-kerja buruh.
Mengikut pertuduhan kedua dan ketiga, kedua-dua lelaki itu turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan telah secara rasuah bersetuju untuk menerima bagi diri mereka wang tunai RM45,000 dan menerima wang tunai RM20,000 daripada pemilik syarikat sama melalui Kam (tertuduh kedua) berhubung perkara sama.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di dua restoran di Cheras dan di sekitar Kuala Lumpur pada 1 tengah hari hingga 10 malam, antara 17 hingga 21 September 2017.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan atau denda RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - Bernama
Bernama
Thu Jun 08 2023
Hakim membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan representasi untuk menggugurkan pertuduhan telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC). - Gambar hiasan
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Anak saudara, bekas pekerja Sivarasa bebas tuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan anak saudara R Sivarasa dan bekas pekerjanya daripada tiga pertuduhan rasuah.
Pinjaman MARA: RM2.07 bilion manfaatkan 50,000 pelajar
Kerajaan memperuntukkan RM2.07 bilion kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) di bawah pinjaman pelajaran MARA.
KUD Putrajaya mampu tarik dua juta pengunjung - Sivarasa
Pihaknya yakin sasaran itu boleh dicapai berdasarkan penglibatan 1,000 usahawan daripada pelbagai segmen perniagaan pada karnival selama lima hari itu.
Kokurikulum, pembelajaran tabika kemas perlu sentiasa ditambah baik
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa berkata penambahbaikan itu juga perlu mengikut keperluan kanak-kanak.
Kebajikan pelajar MRSM daripada golongan B40 terus dipelihara
Kebajikan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) akan terus dijaga dalam usaha memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti.
Pertimbang semula pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM - Sivarasa
Menyatakan rasa terkejut dengan pengumuman berkenaan, Sivarasa berkata hal itu perlu dikaji semula supaya ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Tanah adat Orang Asli akan diwartakan, tetapi...
Kerajaan sememangnya mengiktiraf hak tanah adat Orang Asli di pedalaman Kelantan sebagaimana yang dituntut mereka sejak lapan tahun lalu.
Sivarasa jumpa Jakoa berhubung isu sekatan di Gua Musang
Katanya maklumat yang jelas diperlukan sebelum sebarang keputusan berhubung masalah berkenaan diambil.
Usah keluar kenyataan hingga ganggu siasatan SPRM - Dzulkifli Ahmad
SPRM memberi peringatan tegas terhadap mana-mana pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga boleh mengganggu proses siasatan agensi tersebut.
Penahanan tiga kakitangan MP Subang secara profesional - SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata penahanan tiga individu itu dijalankan secara profesional.