Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) perlu sentiasa membuat penambahbaikan dalam aspek kokurikulum dan kaedah pembelajaran Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) mengikut peredaran masa.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R. Sivarasa berkata penambahbaikan itu juga perlu mengikut keperluan kanak-kanak.
"Kita mahu kokurikulum yang kita ajar di Tabika Kemas ini sentiasa ditambah baik dan perlu yang terkini. Ia perlu ditambah baik dari semasa ke semasa dan perlu mengikut keperluan anak-anak. Cara pendidikan pada masa kini tidak sama dan ia berbeza dengan zaman 20 atau 30 tahun dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini malam tadi.
Sivarasa berkata Kemas kini sedang melaksanakan program perintis di beberapa tabika dengan memasukkan elemen pembelajaran tambahan seperti Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik.
Beliau berharap Tabika Kemas dapat bersaing dan setanding dengan tabika-tabika swasta yang terdapat di negara ini.
Selain itu, beliau berkata kakitangan Kemas juga perlu melaksanakan tugas dengan profesional dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
"Perlu ada tahap profesionalisme dalam kalangan kakitangan Kemas di mana saya berharap kakitangan di sini dapat membuat tugasan dan menggalas tanggungjawab secara profesional, menjadikan institusi ini satu institusi yang hebat dan tidak memihak kepada mana-mana politik," katanya.
Hari Potensi Kemas merupakan aktiviti kokurikulum Tabika Kemas yang dilaksanakan secara tahunan sejak tahun 2006.
Ia melibatkan pertandingan acara bakat atau sukan yang dilaksanakan secara giliran setiap tahun bermula dari peringkat Parlimen, daerah, negeri hingga ke peringkat kebangsaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 07 2019
Kanak-kanak Tabika Kemas dari Pasukan Kedah dan Selangor beraksi pada Perlawanan Akhir Futsal pada Majlis Penutupan Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan di Universiti Sains Malaysia malam tadi. --fotoBERNAMA
Malaysia kekal teguh perjuang gencatan senjata di Gaza
Tatkala konflik yang membinasakan ini berterusan, sebuah negara kekal utuh untuk menamatkan keganasan yakni Malaysia.
Lima tentera India maut selepas kenderaan terjunam dalam gaung di Kashmir
Sekurang-kurangnya lima tentera India maut manakala lima lagi cedera selepas kenderaan mereka terjatuh ke dalam gaung.
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Kemas tambah kelas pendidikan awal kanak-kanak bermula Mac tahun depan - Ahmad Zahid
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menambah kelas bagi operasi pendidikan awal kanak-kanak di 53 premis pembelajaran sedia ada bermula Mac tahun depan.
'Saya sudah lama tidak rasa seronok' - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui beliau sudah lama tidak berasa seronok, apatah lagi berdepan pelbagai masalah sejak kebelakangan ini.
Tiada penularan HFMD di Taska, Tabika Kemas setakat ini
Tiada penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Tabika dan Taska di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) setakat ini.
Guru, kakitangan Kemas boleh berpolitik tapi jangan sampai abai tugas hakiki
Guru dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) boleh berpolitik tetapi mereka dinasihat agar tidak mengabaikan tugas hakiki, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
98 peratus guru Kemas terima suntikan vaksin
Dua peratus lagi belum mendapatkan suntikan ekoran nasihat doktor, antaranya kerana masalah kesihatan, alahan dan mengandung.
Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Tidak wujud 'pilih kasih' di semua Tabika Kemas
Hampir 30 tahun beroperasi, hasil kajian mendapati jumlah permohonan kemasukan semakin meningkat khususnya dari kumpulan M40.
Wanita perlu dilibatkan sepenuhnya dalam politik, pembuat dasar negara - Khairy
Golongan wanita perlu dilibatkan dalam politik dan peringkat membuat keputusan serta dasar negara sepenuhnya demi menjamin kestabilan sosial sekaligus menuju ke arah negara maju yang seimbang.
Juruelektrik cipta alat meletak cecair basmi kuman
Idea mencipta alat itu timbul selepas memikirkan si cilik sentiasa aktif dan gemar melakukan aktiviti bersama rakan-rakan seterusnya mereka terdedah kepada kuman.
Cadangan tabika dan taska Kemas swasta untuk M40 - Abd Latiff
Sebanyak 11,430 tabika dan taska di bawah seliaan Kemas seluruh negara kembali beroperasi hari ini.