KEPALA BATAS: Sebanyak 98 peratus daripada 12,619 pendidik masyarakat atau guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.
Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata baki dua peratus lagi belum mendapatkan suntikan ekoran nasihat doktor, antaranya kerana masalah kesihatan, alahan dan mengandung.
"Buat masa ini, kita dimaklumkan tiada kes guru Kemas yang enggan menerima vaksin dan dua peratus itu kerana masalah kesihatan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Peralatan Kursus Quick Win Asnaf Berdikari anjuran Kemas Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Selain itu beliau berkata pembukaan semula kelas tabika akan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan kerana ia di bawah bidang kuasa kementerian itu.
"Dari segi persiapan untuk buka semula tabika, Kemas memang bersiap sedia dan sesi pembelajaran nanti juga akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan, bagi memastikan tiada penularan wabak COVID-19," katanya.
Mohamad Yasid berkata ketika ini Kemas mempunyai seramai 206,094 murid tabika di 10,301 kelas di seluruh negara yang membabitkan 10,802 pendidik masyarakat.
Sementara itu bagi taska pula, terdapat seramai 9,369 kanak-kanak di 544 kelas dengan 1,817 guru.
"Ada beberapa taska yang memang kita buka atas permintaan ibu bapa yang bekerja sebagai petugas barisan hadapan, jadi mereka perlu hantar anak-anak ke taska kerana perlu bekerja," katanya.
Mengulas mengenai majlis itu, beliau berkata Kemas menyediakan peruntukan sebanyak RM290,000 pada tahun ini, bagi memberi bantuan peralatan dan kursus kepada 140 asnaf yang dipilih menyertai program tersebut di seluruh negara.
Katanya menerusi program itu, peserta diberi latihan kemahiran memasak supaya mereka dapat memulakan perniagaan makanan atau minuman untuk menjana pendapatan dan seterusnya keluar daripada belenggu kemiskinan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021

Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohamad Yasid Bidin (kiri) menyampaikan Peralatan Kursus Quick Win Asnaf Berdikari kepada Salmah Yaakub pada majlis yang dianjurkan oleh Kemas Pulau Pinang hari ini. - Foto BERNAMA

Ribuan wanita berkumpul dan berarak di Dataran Taksim
Peserta percaya perarakan 8 Mac adalah tempat terbaik untuk wanita menuntut hak mereka.

Kerjasama Planworth, PKMM tawar manfaat kepada 60,000 ahli kontraktor
Kerjasama ini membantu menyelesaikan cabaran modal pusingan yang dihadapi oleh kontraktor, khususnya dalam kalangan kontraktor kecil dan sederhana.

Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Polis telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

PRN Sabah: Warisan akan bergerak solo, tanpa gabungan dan kerjasama
Sejarah pernah membuktikan parti politik seperti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah memerintah Sabah tanpa sebarang gabungan.

AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ali Khamenei
Khamenei menyatakan tawaran Wwashington untuk berunding bertujuan mendominasi Iran dan bukan menyelesaikan masalah.
Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Seorang lelaki maut manakala seorang pelancong wanita Israel dan seorang wanita India dirogol secara beramai-ramai oleh tiga lelaki baru-baru ini berhampiran sebuah tapak warisan dunia UNESCO yang popular di Selatan India.
AS hanya mahu mendominasi Iran, guna alasan 'rundingan' - Ayatollah Ali Khamenei
Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, pada Sabtu mendakwa Amerika Syarikat menggunakan taktik 'membuli' bagi memastikan republik Islam itu tunduk kepadanya.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau telah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi negara itu bagi merundingkan perjanjian nuklear.
Kenyataan itu menyusul sehari selepas Presiden Donald Trump mendakwa beliau telah menghantar surat kepada pemimpin tertinggi negara itu bagi merundingkan perjanjian nuklear.
Ribuan wanita berkumpul dan berarak di Dataran Taksim
Ribuan wanita berkumpul berhampiran Dataran Taksim Istanbul pada Sabtu bagi menyertai perhimpunan Hari Wanita, walaupun diharamkan oleh pihak berkuasa tempatan
Peniaga bazar diingatkan pamer tanda harga dengan jelas
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (kpdn) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, pihaknya menerima banyak aduan tahun lepas bahawa ada peniaga di Bazar Aidilfitri yang tidak meletakkan tanda harga dengan jelas sehingga mengelirukan pengguna.

Perancis, Jerman, Itali, Britain sokong pelan Arab untuk pembinaan semula Gaza
Keempat-empat negara Eropah itu menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan inisiatif Arab dan menghargai "isyarat penting" pembangunan pelan tersebut.

PKP 2.0: Taska, tadika swasta perketat SOP selepas kerajaan benar beroperasi
Tinjauan Astro AWANI di beberapa taska dan tadika di Kuala Lumpur dan Selangor mendapati, tahap pematuhan SOP menjadi keutamaan.

Pendidikan Rukun Negara dicadang diserap dalam kurikulum sekolah - Menteri
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pendidikan Rukun Negara diserap semula dalam kurikulum sekolah, selari dengan usaha kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan antara rakyat.