KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menyeru anak-anak Bumi Kenyalang mengamati sambutan Hari Sarawak dengan menjulang nilai, budaya dan tradisinya dengan cara tersendiri, sesuai peredaran zaman.
Menurutnya, hari bersejarah itu diwartakan sebagai cuti umum negeri supaya rakyat Sarawak dapat mengimbau sejarah, aspirasi dan hala tuju pembangunannya.
Walaupun diraikan hanya sehari tetapi ia melambangkan seribu satu perjuangan pemimpin tanah air terdahulu.
“Ia juga merupakan hari untuk rakyat Sarawak meraikan budaya Sarawak, tradisi dan nilai kita.
“Seperti yang anda semua tahu ia adalah cuti umum, saya pasti Tok Nan (Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem) akan berasa sangat tidak gembira jika kita mengatakan bahawa ia adalah hari untuk kita berehat dan tidur.
“Sebaliknya hari ini adalah hari untuk semua anak-anak Sarawak tidak kira di mana anda berada, untuk meraikan dengan cara tersendiri dengan nilai-nilai Sarawak,” katanya dalam ucapan ringkasnya sempena Hari Sarawak 2022 pada Jumaat.
Untuk rekod, Hari Sarawak telah diwartakan sebagai cuti umum pada tahun 2016 oleh kerajaan negeri, menandakan penubuhan kerajaan sendiri pada tarikh 22 Julai 1963.
Fadilah Sulaiman
Fri Jul 22 2022
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Hari Sarawak 2022: Titik penyatuan rakyat bersama bangunkan negeri - Abang Jo
Hari Sarawak yang diraikan pada setiap tahun menjadi titik penyatuan rakyat Sarawak untuk mengejar impian menjadikan Sarawak sebuah negeri yang maju menjelang 2030.
MA63 perjanjian keramat, tidak boleh diubah - Abang Johari
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan perjanjian keramat yang tidak boleh diubah dalam apa juga cara dan bentuk.
Belia Sarawak dambakan peluang pekerjaan, wacana lebih terbuka - IGMS
Keterbukaan tersebut akan membuatkan lebih ramai belia mahu terlibat dengan polisi-polisi dilaksanakan kerajaan negeri.
Anak Sarawak diseru raikan 22 Julai dengan penuh makna - Dr Sim
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menyeru anak-anak Bumi Kenyalang mengamati sambutan Hari Sarawak dengan menjulang nilai, budaya dan tradisinya dengan cara tersendiri, sesuai peredaran zaman.