Jane Teng Siew Wei, anak petani dari Bintangor, Sarikei, yang terpaksa menggunakan kanta pembesar semasa belajar adalah antara calon yang berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas di Sarawak.
Masalah penglihatan yang dihadapinya sejak berumur 12 tahun tidak menghalang gadis berkeperluan khas ini memperoleh keputusan 6A+, 2A dan 1A- bagi 10 mata pelajaran yang diambilnya dalam peperiksaan itu yang keputusannya diumumkan hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Maradong, Bintangor itu berkata, keputusan yang diperolehnya itu mengatasi sasaran awal untuk mendapat 6A sahaja sebelum ini.
"Keputusan hari ini memang di luar dugaan saya. Saya bangga dengan pencapaian ini kerana dapat membuktikan walaupun dalam keadaan serba kekurangan, ia bukan alasan bagi saya untuk tidak berusaha dengan gigih," kata anak bongsu daripada tiga beradik itu.
Siew Wei berkata, beliau memperuntukkan sekurang-kurangnya lima jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran bagi memahami apa yang telah dipelajari di sekolah.
"Saya perlu menggandakan usaha untuk belajar sendiri dan sering bertanya kepada guru jika ada perkara yang saya kurang faham, lagipun saya tidak boleh melihat dengan jelas apa yang ditulis di papan tulis semasa guru memberikan penerangan
"Syukur, guru dan rakan sekelas amat memahami keadaan saya, mereka sangat membantu dan memberikan penerangan sekiranya saya memerlukan," ujarnya yang lebih gemar belajar pada waktu malam kerana suasana yang sunyi.
Sewaktu mula mengalami masalah penglihatan itu, beliau menyangka ia sekadar rabun biasa, namun setelah diperiksa oleh pakar perubatan, ternyata masalah rabun yang dialaminya itu telah berada pada tahap yang serius.
"Saya pernah menjalani pembedahan di kedua-dua mata namun masalah rabun itu masih berlaku. Pada mulanya sukar untuk diterima dan saya berasa sedih kerana memerlukan kanta pembesar untuk melihat dengan lebih jelas, namun saya akhirnya reda dengan keadaan saya yang begini," katanya.
Jelas Siew Wei, dia bercita-cita menjadi seorang guru kerana mahu membantu murid senasib dengannya selain berbakti kepada bangsa dan negara.
"Saya mahu menjadi seorang pengajar dan akan memohon melanjutkan pelajaran di maktab perguruan bagi merealisasikan impian saya. Saya mahu memberi semangat kepada pelajar senasib supaya tidak berputus asa dengan kekurangan diri," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 05 2020

Siew Wei (dua dari kiri) mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Menengah (SPM) yang diumumkan di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Gambar BERNAMA.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Selepas berpuluh tahun, Anjang Mat selesa gunting rambut bawah pokok
Usianya sudah melewati separuh abad, Anjang Mat masih gagah meneruskan khidmatnya sebagai tukang gunting rambut dengan saban hari duduk di bawah sebatang pokok

Anak petani guna kanta pembesar cemerlang SPM
"Syukur, guru dan rakan sekelas amat memahami keadaan saya, mereka sangat membantu dan memberikan penerangan sekiranya saya memerlukan".

Mangsa kedua bot karam sungai Nanga Entabai ditemui
Mayat kanak-kanak, Kevin Sama Markus, 6 tahun dijumpai kira-kira jam 7 pagi di Sungai Sepencur oleh penduduk rumah panjang yang melalui kawasan tersebut.

Murid tahun enam hilang dan dipercayai lemas
Seorang pelajar lelaki Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kai Chung hilang dan dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Tulai, di sini kira-kira 11.30 pagi hari ini.

Warga emas ditemui mati di dalam parit
Kiew Chong Hock, 62, ditemui mati lemas di dalam parit di KM8 Jalan Kelupu apabila motosikal ditungganginya terbabas ke dalam parit tersebut.