Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin, ditemui mati dipercayai lemas di dalam parit di KM8 Jalan Kelupu di sini lewat petang semalam.
Mangsa dikenali sebagai Kiew Chong Hock, 62, ditemui oleh orang awam yang kebetulan memancing ikan di lokasi tersebut, pada 5.52 petang dan kemudian memaklumkan kepada polis.
Beliau terlibat dalam kemalangan apabila motosikal ditungganginya terbabas ke dalam parit tersebut.
Ketua Polis Daerah Bintangor, DSP Mohamad Hafipi Mohd Salim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat.
Bernama
Wed Aug 19 2015

Kiew Chong Hock, 62, ditemui mati lemas di dalam parit apabila motosikal ditungganginya terbabas ke dalam parit tersebut.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.
Trump mahu pulihkan hubungan dengan Jong-Un
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyuarakan hasratnya untuk memulihkan hubungan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, yang terjalin semasa penggal pertamanya sebagai presiden.

Pemaparan harga ubat bukan bertujuan kawal harga, beri akses maklumat kepada pengguna - Armizan
Perintah pemaparan harga ubat di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa 1 Mei depan bukan bertujuan mengawal harga ubat.

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Selepas berpuluh tahun, Anjang Mat selesa gunting rambut bawah pokok
Usianya sudah melewati separuh abad, Anjang Mat masih gagah meneruskan khidmatnya sebagai tukang gunting rambut dengan saban hari duduk di bawah sebatang pokok

Anak petani guna kanta pembesar cemerlang SPM
"Syukur, guru dan rakan sekelas amat memahami keadaan saya, mereka sangat membantu dan memberikan penerangan sekiranya saya memerlukan".

Mangsa kedua bot karam sungai Nanga Entabai ditemui
Mayat kanak-kanak, Kevin Sama Markus, 6 tahun dijumpai kira-kira jam 7 pagi di Sungai Sepencur oleh penduduk rumah panjang yang melalui kawasan tersebut.

Murid tahun enam hilang dan dipercayai lemas
Seorang pelajar lelaki Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kai Chung hilang dan dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Tulai, di sini kira-kira 11.30 pagi hari ini.

Warga emas ditemui mati di dalam parit
Kiew Chong Hock, 62, ditemui mati lemas di dalam parit di KM8 Jalan Kelupu apabila motosikal ditungganginya terbabas ke dalam parit tersebut.