AMPANG: Anak sulung penunggang motosikal Ducati, meluahkan perasaan sedih dan marah setelah melihat tertuduh diheret di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tuduhan menunggang secara melawan arus, sehingga menyebabkan kematian bapanya, bulan lalu.
Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36, berkata, perasaan itu timbul kerana kemalangan tersebut menyebabkan dia kehilangan seorang bapa.
Anak pertama daripada empat beradik ini menyatakan, tiada perkataan dapat diluah sebaik melihat lelaki terbabit di kandang tertuduh.
“Saya sangat rapat dengan arwah, sebab kami selalu tunggang motosikal untuk riadah dan ke surau bersama-sama, tetapi setelah dia tiada, timbul perasaan kehilangan yang amat dalam.
“Saya datang ke mahkamah hari ini, sebab saya nak tahu situasi yang berlaku, malah saya akan cuba untuk hadir setiap kali prosiding ini berlangsung,” katanya.
Selain itu, Muhammad Hafidz yang bekerja sendiri turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa mendoakan bapanya.
Mudzyadaha Mohammad, 42, yang bekerja sebagai pemandu lori, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64.
Kesalahan didakwa dilakukan di kilometer 22.2 Lebuhraya Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) di sini, pada jam 1.10 petang, 14 Jun lalu.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki maut selepas tercampak dari motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya sebelum jatuh dari jambatan di lokasi berkenaan.
Mangsa, Ahmad Fadzil menunggang motosikal jenis Ducati Panigale melalui jalan berselekoh dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus.
Mangsa kemudian melanggar penghadang sebelah kiri jalan, sebelum tercampak dan terjatuh ke bawah jambatan pada ketinggian kira-kira 30 meter.
Susulan itu, pihak polis merakam percakapan seorang suspek yang merupakan penunggang motosikal jenis Yamaha bagi membantu siasatan kes tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 10 2023

Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36, berkata, perasaan itu timbul kerana kemalangan tersebut menyebabkan dia kehilangan seorang bapa. - Gambar/ Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Lelaki dituduh sebabkan penunggang Ducati maut mengaku sakit mental, OKU
Seorang lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal Ducati bulan lalu, mengaku OKU.

Kemalangan Ducati: Rakaman CCTV dihantar ke makmal forensik PDRM
Rakaman kamera litar tertutup membabitkan nahas penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale telah dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia untuk penelitian lanjut.

Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': 'Reka bentuk lebuh raya SUKE penuhi spesifikasi' - Prolintas
Prolintas menegaskan reka bentuk Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) termasuk di kawasan selekoh jejambat memenuhi spesifikasi.