Program Jom Belajar Koding (JBK) Hackathon akan diteruskan untuk mendedahkan kepada generasi muda di negara ini terutama di luar bandar mengenai bahasa pengekodan dan pengaturcaraan yang akan menjadi bahasa masa depan, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata, sudah tiba masanya anak muda menguasai bahasa masa hadapan iaitu pengekodan dan pengaturcaraan bagi membentu generasi tersebut mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang tersebut.
Katanya, pada satu ketika dahulu kerajaan telah melaksanakan dasar untuk membasmi masalah buta huruf dalam kalangan rakyat dan kini menguasai bahasa depan perlu dititikberatkan.
“Saya ilhamkan, bahasa masa depan bukan bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia semata-mata tetapi bahasa komputer, bahasa pengekodan dan pengaturacaraan.
“Kalau tidak belajar bahasa ini daripada awal maka kita tidak belajar bahasa masa depan. Satu masa dulu rakyat buta huruf dan kerajaan buat satu polisi. Bayangkan satu hari nanti kita buta huruf dalam bahasa masa depan, apa yang akan berlaku pada kita?
“Sebab itu, saya bawa dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 2015 dan apabila saya bangkitkan soal pengekodan ini ramai yang tidak tahu, dan saya kata ini bahasa masa depan,” katanya kita berucap Majlis Penutupan JBK Hackathon di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Biro Profesional Muda Malaysia, Shahril Hamdan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global (MaGic), Ashran Datuk Ghazi.
JBK Hackathon merupakan acara kemuncak dan penutup jelajah Jom Belajar Koding yang telah menemui anak muda dari beberapa buah negeri iaitu Johor, Perak, Melaka, Kuala Lumpur dan Terengganu.
JBK Hackhaton terbahagi kepada tiga sesi iaitu Cabaran JBK, Makmal Idea JBK dan Pamer Sisi JBK.
Seramai 2,000 peserta telah menyertai program tersebut sejak ia dilancarkan pada tahun lalu.
Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berharap agar bahasa pengekodan dan pengaturcaraan tersebut dapat dimulakan di peringkat sekolah kerana ia sudah pun dilaksanakan di luar negara.
“Kita tidak mahu ketinggalan jauh di belakang, kita dah kejar negara lain dalam tempoh 20 hingga 30 tahun dan sekarang kita sudah sama dengan negara lain, tapi negara lain jauh kehadapan dalam bidang ini kerana kelas pengekodan di sekolah sudah mula dilaksanakan di negara luar,” katanya.
Irwan Muhammad Zain
Sun May 21 2017

Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa sidang media selepas majlis penutup program Jom Belajar Koding dan Hackathon di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) hari ini. - Foto BERNAMA

Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Google Chrome kelak mungkin tidak lagi terpasang dalam peranti Android
DOJ mengarahkan Google untuk mengasingkan Chrome daripada Android dan Play Store serta menjual Chrome.

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Anak muda perlu kuasai bahasa pengekodan - Khairy
Program Jom Belajar Koding (JBK) Hackathon akan diteruskan untuk mendedahkan kepada generasi muda di negara ini terutama di luar bandar mengenai bahasa pengekodan dan pengaturcaraan.