Golongan muda perlu digerakkan bagi mengikis fahaman perkauman yang sempit berpaksikan kepada semangat kemanusiaan yang tinggi, beretika dan berakhlak mulia, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata apa yang perlu PH pertahankan ialah kebaikan dan keadilan dan menolak serta melawan kejahatan dan kezaliman.
"Kalau orang Melayu pertahankan kebaikan dan keadilan, kita sokong. Begitu juga jika orang Cina pertahankan keadilan dan kemanusiaan kita sokong...begitu juga untuk orang Dayak, Melanau dan lain-lain,"
"Tapi jikalau ada orang Melayu, Melanau, Cina dan lain-lain yang pertahankan kezaliman dan rasuah, kita mesti lawan," katanya dalam ucapan pada rumah terbuka PH Sarawak sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata di semenanjung Malaysia terdapat desas desus politik rasis yang diamalkan ahli politik yang terdesak, yang tiada kekuatan moral dan tiada integriti serta yang takut kerana mereka bergelumang dalam rasuah atau salah laku dan penyalahgunaan kuasa.
"Itu sahajalah modal mereka iaitu 'racism'. Tetapi kita , di pihak majoriti mesti berdiri teguh bersama. Keadilan, DAP, Bersatu dan Amanah tegas untuk mempertahankan prinsip yang kita pegang," katanya.
Mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12, beliau berkata PH akan menumpu perhatian dalam meningkatkan bekerjasama antara parti-parti komponennya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 01 2020
Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika hadir pada rumah terbuka PH Sarawak sempena sambutan Tahun Baru Cina di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Perkembangan kes bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemergian Tun Daim: Saya ikut perkembangan sumbangan Allahyarham - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengikut rapat sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin kepada negara yang disifatkan sebagai besar.
Menteri Kabinet zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Daim
Beberapa menteri Kabinet hari ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pagi ini.
'Allahyarham Tun Daim seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
Pekerja kilang didakwa bunuh Siti Zulaila, bapa
Seorang pekerja kilang didakwa atas dua pertuduhan membunuh dua beranak dalam kejadian di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam, Khamis minggu lepas.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Tan Sri Wan Zaki, pengasas Ahmad Zaki Resources meninggal dunia
Pengasas Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) dan Penasihat Kumpulan kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) Tan Sri Wan Zaki Wan Muda, 75, meninggal dunia semalam.
Mengenang Tun Daim: Tun Daim Zainuddin di mata Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah
Pakar Ekonomi Universiti Malaya, Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah berkongsi cerita serta pengalamannya mengenali Tun Daim Zainuddin.
Mengenang Tun Daim: Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalaman bersama Tun Daim Zainuddin
Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalamannya bersama Tun Daim Zainuddin serta mengenang ketokohan bekas Menteri Kewangan itu.
Pemergian Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.
Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion - MITI
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion (US$1.1 bilion).
PM Anwar tiba di Peru, lawatan sulung ke benua Amerika Selatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lima pada malam Selasa bagi memulakan lawatan rasmi sulung beliau ke benua Amerika Selatan.
Bantuan kepada rakyat Palestin cedera diteruskan, mekanisme berubah - PM Anwar
Beliau bagaimanapun berkata mekanisme penyaluran bantuan berkenaan akan diteliti, bagi memastikan ia lebih efektif dan berkesan.
Anwar undang bekas Mufti Mesir, teruskan kesinambungan pengajian turath Islami
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang tokoh ulama yang juga bekas Mufti Mesir Syeikh Prof Ali Jum'ah ke Malaysia.
Jangan harap perlindungan jika ada terbabit kes rasuah - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tiada perlindungan akan diberikan bagi sesiapa yang terbabit dalam kes rasuah.
Proton Saga akan mula dipasang secara tempatan di Mesir mulai Disember ini
Proton akan memulakan pemasangan tempatan bagi model Proton Saga di Mesir mulai Disember ini.
Isu Palestin: Ketegasan PM Anwar beri harapan baharu kepada dunia Islam
Kenyataan Anwar yang tegas memperjuangkan hak rakyat Palestin di Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh, semalam memberi harapan baharu.
PM Anwar seru sokongan global untuk UNRWA, tolak usaha Israel melemahkan badan itu
Anwar menyeru masyarakat antarabangsa untuk terus menyokong peranan penting UNRWA di Asia Barat.
Lawatan sulung PM ke Amerika Latin, bakal terima pingat tertinggi Republik Peru
Lawatan yang akan bermula 13 November adalah seiring Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang ke-31.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.