KUALA LUMPUR: Gara-gara cuai menjaga anak lelakinya sehingga mengalami kesan melecur pada bahagian lengan dan bawah ketiak kanak-kanak itu, seorang ibu tunggal didenda RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman itu ke atas peniaga barangan kosmetik dalam talian selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes tersebut hari ini.
Mahkamah turut memerintahkan wanita berumur 26 tahun itu menjalani hukuman penjara sembilan bulan, sekiranya dia gagal membayar denda selain diperintahkan bon berkelakuan baik selama tiga tahun tanpa cagaran mengikut Seksyen 31(2)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tertuduh didakwa sebagai ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan telah cuai sehingga mendatangkan kecederaan pada bahagian lengan kanan dan kiri serta di bawah ketiak sebelah kanan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Setapak di sini pada Disember 2020 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Azahan memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh supaya dapat memberi mesej kepada masyarakat kerana ini merupakan kesalahan serius.
"Dalam kes ini, mangsa mengalami kecederaan melecur bukan disebabkan kemalangan tetapi ia disengajakan oleh kecuaian tertuduh. Berdasarkan fakta kes yang diakui tertuduh, semasa diambil oleh pengadu (bapa kandung mangsa) kanak-kanak lelaki itu berada dalam keadaan trauma dan takut," katanya.
Bagaimanapun, peguam Zulkifli Awang yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda ringan dengan alasan anak guamnya telah insaf serta perlu menjaga keluarganya.
"Anak guam saya merupakan seorang ibu tunggal yang tidak mempunyai pendapatan tetap berikutan kesan pandemik COVID-19. Selain itu, anak guam saya perlu menanggung ibu bapanya yang sudah tua," katanya.
Mengikut fakta kes, pengadu adalah bapa kandung kanak-kanak tersebut, yang telah menghantar mangsa ke rumah bekas isterinya itu.
Semasa pengadu mengambil anaknya, dia mendapati ada kesan melecur di lengan kiri dan kanan serta bawah ketiak kanak-kanak itu malah mangsa juga berada dalam ketakutan. Pengadu kemudian bertanya kepada tertuduh namun wanita terbabit memaklumkan dia tidak tahu.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan melecur di bawah ketiak dan luka di bahagian belakang kedua-dua tangan mangsa serta kesan lecetan pada bahagian belakang badan kanak-kanak itu.
Pengadu dan tertuduh yang sudah berpisah, masing-masing menjaga anak mereka itu secara bergilir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021
Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman itu ke atas peniaga barangan kosmetik dalam talian selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes tersebut hari ini. - Gambar hiasan
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung
Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.
Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki
N Retha didakwa memasuki kawasan bilik pejabat milik P Navaneeth di sebuah klinik dalam daerah Muallim pada 3 Mac lepas.
Belanjawan 2025: KPWKM cadang peruntukan RM3 bilion - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mencadangkan peruntukan kira-kira RM3 bilion bagi Belanjawan 2025.
Tidak lagi mampu menyanyi, menjahit, ibu tunggal kudung kaki rayu bantuan
Megala yang kematian suami turut diuji apabila dua anaknya disahkan menghidap diabetes dan bergantung pada ubat.
Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah
KPWKM akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.
Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin
Seorang ibu tunggal dihukum denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan MyKad palsu sewaktu bersalin.
Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta
Mangsa dihubungi seorang individu mendakwa sebagai ejen penghantaran yang menyatakan terdapat masalah berkait bungkusan yang dihantar kepadanya.
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.
Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella
Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah dijangka dapat merungkai kehilangan Bella.