Seorang anak pasangan guru yang maut di Alor Punti, Pendang, malam semalam (Sabtu) masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas menjalani pembedahan pada bahagian abdomen petang semalam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata pembedahan itu dilakukan selepas mangsa yang berumur 11 tahun mengalami perdarahan pada bahagian limpa akibat kemalangan terbabit.
Katanya, mangsa juga masih tidak sedarkan diri dan diberi bantuan alat pernafasan, namun keadaannya stabil.
"Kesemua lima beradik yang menerima rawatan ini mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuh badan.
"Empat daripadanya dalam keadaan sedar dan stabil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Norhizan berkata adik-beradik itu juga kini di bawah pengawasan rapi pakar perubatan.
Dalam kejadian 11.30 malam, 17 Disember, pasangan suami isteri tersebut Mohd Padzil Rashid, 50, dan isterinya, Masmiwaza Mohd Noor, 42, masing-masing merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang dan SMK Tobiar, maut selepas MPV dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler di Kampung Alor Punti, Pendang.
Kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Titi Haji Idris menghala ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang yang terletak kira-kira lima kilometer.
Tragedi itu turut mengakibatkan lima anak mereka iaitu, Maisarah, 14, Masyitah, 12; pasangan kembar iaitu Muhammad Asyraf dan Muhammad Akmal, 11; dan Munirah, 6, cedera parah. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2016
Kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Titi Haji Idris menghala ke rumah mereka di Taman Setia, Pendang yang terletak kira-kira lima kilometer. - Gambar sumber Facebook
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Belanjawan 2025: Peruntukan hal ehwal Islam RM2 bilion, ini antara pengumuman PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 memberi perhatian kepada syiar Islam di Malaysia.
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Belanjawan 2025: Komuniti India tidak terpinggir - Ramanan
Belanjawan 2025 jelas membuktikan bahawa komuniti India tidak dipinggirkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R. Ramanan.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Anak mangsa kemalangan di Pendang masih di ICU lepas jalani pembedahan
Seorang anak pasangan guru yang maut di Alor Punti, Pendang, masih ditempatkan di ICU Pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah.