"Adik sangat rindu kepada ibu dan berharap ibu ditemui dalam keadaan selamat," demikian luahan hati anak bongsu Jashiah Rabu, guru besar yang hilang sejak 23 Okt lepas.
Farah Iwani Ruzilan, 16, anak bongsu daripada empat adik beradik berkata kali terakhir beliau bertemu ibunya pada awal bulan lepas.
Pelajar asrama Sekolah Menengah Agama Rawang dekat sini berkata setiap kali beliau pulang ke rumah ketika cuti sekolah, ibunya rajin berbual dan bertanya khabar tentang pelajarannya di sekolah dan kehidupan di asrama.
"Selepas lebih dua minggu kehilangan ibu dilaporkan media, saya berasa sangat sunyi kerana tiada lagi teman berbual dan tempat mengadu masalah pembelajaran di sekolah," katanya kepada Bernama di pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini, pada Khamis.
Farah Iwani berkata sebelum ibunya hilang, beliau sering memberitahunya itulah kali terakhir beliau akan bertemu dengannya.
"Setiap kali saya pulang ke asrama, ibu kerap berkata sedemikian dan saya berasa hairan, seolah-olah berat hatinya untuk melepaskan saya pulang ke asrama," katanya.
Ketika ditanya Bernama sejak bila kali terakhir ibunya dilihat murung, Farah Iwani berkata keluarganya melihat Jashiah sering bersendirian sejak Hari Raya Aidilfitri pada Julai lalu.
"Raya lepas sewaktu pulang ke kampung di Batu Pahat, Johor dan Melaka, ibu banyak menghabiskan masa dengan mengurung dirinya di dalam bilik sahaja, apabila diajak untuk berkunjung ke rumah saudara, dia menolak," katanya.
Farah Iwani menyifatkan ibunya seorang yang sangat penyayang dan mengambil berat tentang anak-anak sebelum diserang kemurungan.
Sementara itu, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Sungai Perak, Bidor Koperal Mustafa Hussin berkata pencarian guru besar berkenaan yang melibatkan dua batang sungai iaitu di Sungai Roh dan Sungai Selangor, dalam lingkungan 300 meter dari pusat operasi ke atas bukit perkampungan Orang Asli itu.
Mustafa berkata operasi SAR itu melibatkan 82 anggota termasuk 27 anggota PGA, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Veteran Komando Malaysia, Jabatan Sukarelawan dan penduduk kampung berkenaan.
"Setakat tengah hari Khamis, usaha pencarian kita masih belum menemui sebarang petunjuk baharu tetapi saya percaya mangsa masih lagi hidup.
"Sepanjang saya menyertai operasi mengesan orang hilang sebelum ini, paling lama pun akan bertemu mangsa memakan masa tiga atau empat hari," katanya sambil menambah operasi ini agak misteri.
Mustafa berkata pihaknya percaya kehilangan guru besar itu bukanlah dikategorikan sebagai hilang, tetapi
diklafikasikan sebagai 'melarikan diri'.
Jashiah yang merupakan guru besar di Sekolah Kebangsaan Taman Keramat, kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang 23 Okt lepas apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang dan mendapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.
Difahamkan, Jashiah menuju ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu selepas keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh 10 kilometer.
Bernama
Fri Nov 06 2015

Jashiah yang merupakan guru besar di Sekolah Kebangsaan Taman Keramat, kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang 23 Okt lepas apabila suaminya pulang dan mendapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada. - Gambar Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Anak bongsu guru besar yang hilang, rindu untuk berbual dengan ibunya
Farah Iwani Ruzilan, 16, anak bongsu daripada empat adik beradik berkata kali terakhir beliau bertemu ibunya pada awal bulan lepas.