Malaysia mengulangi bahawa akses kepada mana-mana ubat antivirus dan vaksin untuk pandemik COVID-19 haruslah adil dan saksama, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-53 (AMM-53) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan yang berlangsung antara 9 hingga 12 Sept, Hishammuddin menekankan bahawa persaingan tidak adil seperti monopoli terhadap ubat-ubatan antivirus dan sebarang vaksin COVID-19 yang berpotensi perlu dihalang.
"Semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10 (EAS FMM), Hishammuddin menyatakan tentang kepentingan negara anggota EAS bekerjasama dengan ASEAN untuk menangani kesan buruk akibat pandemik itu, serta memelihara rantaian bekalan global.
"Pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN + 3 (APT FMM) ke-21 pula, Hishammuddin menekankan perlunya negara-negara ASEAN + 3 untuk terus bekerjasama rapat bagi meningkatkan hubungan ekonomi yang saling menguntungkan, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dan kewangan global disebabkan wabak itu," menurut kenyataan itu.
BACA: Penghasilan vaksin COVID-19 perlu jadi keutamaan ASEAN-AS
Menteri-Menteri Luar ASEAN mengambil maklum terhadap laporan kemajuan untuk merealisasikan keutamaan ASEAN dan hasil-hasil utama untuk 2020 dan tindak balas kolektif ASEAN terhadap wabak itu serta menyetujui penerbitan Deklarasi Pemimpin bagi Visi Pembangunan Komuniti ASEAN Pasca 2025 pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang dijadualkan berlangsung November ini, semasa Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-27.
Sepanjang acara tiga hari bermula 9 Sept melalui sidang video, Hishammuddin juga menghadiri mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ); Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-27 dan menyertai Pasca Persidangan Menteri (PMC) dengan sembilan rakan dialog iaitu Australia, Kanada, China, Kesatuan Eropah, India, Jepun, New Zealand, Republik Korea dan Amerika Syarikat (AS).
Pada AMM ke-53, Hishammuddin mengulangi komitmen tegas Malaysia untuk menjaga kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingannya, iaitu perselisihan wilayah dan maritim harus diselesaikan dengan cara damai dan sesuai dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diakui secara universal, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
"Menteri Luar juga menggesa negara anggota ASEAN untuk bekerjasama dalam menangani sepenuhnya impak dan cabaran yang ditimbulkan oleh krisis berpanjangan di Rakhine, Myanmar termasuk pemerdagangan manusia," menurut Wisma Putra.
Kementerian itu menyatakan, Hishammuddin sekali lagi menekankan kedudukan Malaysia mengenai perselisihan wilayah dan maritim dan menekankan keperluan bagi AS dan Republik Korea untuk meneruskan rundingan vis-a-vis terhadap situasi di Semenanjung Korea, semasa ARF ke-27.
Hishammuddin menegaskan semula pentingnya Perjanjian SEANWFZ sebagai instrumen utama kepada pelucutan dan pengawalan senjata nuklear, menolak sebarang rancangan Israel untuk memperluas wilayah Palestin yang didudukinya di Tebing Barat, dan menekankan keperluan menyelesaikan proses penghantaran pulang pelarian dari Rakhine.
Dalam mesyuarat Suruhanjaya SEANWFZ, Malaysia menyedari perbezaan kedudukan oleh negara anggota ASEAN berhubung keraguan negara dengan senjata nuklear terhadap Perjanjian SEANWFZ.
Bagaimanapun, untuk menggerakkan proses itu, Hishammuddin menegaskan keperluan untuk meneruskan perbincangan mendalam antara pegawai dan pakar, serta menetapkan matlamat yang nyata, menurut Wisma Putra.
Semasa PMC dengan rakan dialog ASEAN, anggota mengupas mengenai kemajuan yang dicapai di bawah Pelan Tindakan antara ASEAN dengan rakan dialog masing-masing, yang secara kolektifnya melihat pertukaran pandangan mengenai perkara berkaitan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.
"Isu itu termasuk maklum balas rantau terhadap pandemik itu, industri kelapa sawit, perkembangan di Laut China Selatan, Semenanjung Korea dan Rakhine, usaha antipengganas dan ekstremisme serantau, perubahan iklim, kesediaan pengurusan bencana, keselamatan maritim dan isu keselamatan lain.
"Mesyuarat juga menerima pakai Pelan Tindakan lima tahun (2021-2025) dengan Kanada, New Zealand, India, Republik Korea dan AS," menurut kenyataan itu.
Pada Sesi Khas Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN mengenai Pembangunan Sub-Serantau, Hishammuddin menekankan bahawa ASEAN perlu bekerjasama untuk memulihkan rantaian bekalan, meningkatkan infrastruktur digital dan kesalinghubungan, menggiatkan rundingan antara entiti subserantau dan menggalakkan lebih banyak model perkongsian awam-swasta dalam pelaburan bagi menyokong inisiatif pembangunan di bawah kerjasama subserantau.
Beliau turut mengambil bahagian dalam Dialog Menteri ASEAN mengenai Pengukuhan Peranan Wanita untuk Keamanan dan Keselamatan Mampan serta menyertai rakan sejawatannya dalam Mesyuarat Bersemuka antara Menteri-Menteri Luar ASEAN dengan Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020
Pada AMM ke-53, Hishammuddin mengulangi komitmen tegas Malaysia untuk menjaga kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingannya. - Gambar fail
Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Kesemua 179 mangsa nahas pesawat Jeju Air dikenal pasti
Pihak berkuasa Korea Selatan selesai mengenal pasti kesemua 179 mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat Jeju Air.
Penduduk dunia cecah 8.09 bilion, kadar kelahiran lebih rendah
Penduduk bumi kini mencecah 8.09 bilion yang merupakan peningkatan 71 juta penduduk menurut data yang diterbitkan Biro Bancian Amerika Syarikat.
Platform carian nombor pengenalan cukai boleh diakses bermula hari ini
Menurut LHDN, platform carian TIN tersebut boleh diakses mulai hari ini melalui Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my dan klik menu carian TIN.
Hujan berterusan di pantai timur dan selatan
Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi seluruh Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan, Pahang dan Johor bermula Sabtu ini hingga Isnin depan.
Mangsa terakhir gelombang ketiga di kelantan terima bantuan
Seramai 38 mangsa banjir dari 10 keluarga di Rantau Panjang, Kelantan menerima Bantuan Ihsan Madani sebanyak RM1,000 hari ini.
Meta ingin tambah perkongsian bot AI pada Facebook, Instagram
Meta berkata langkah ini adalah dalam usaha menjadikan platform di bawah mereka lebih menarik dan mempertingkatkan interaksi.
[TERKINI] SPRM serah JPJ siasat Puspakom lulus kenderaan tidak ikut standard
SPRM menyerahkan kepada JPJ untuk menjalankan siasatan terhadap kenderaan yang tidak mematuhi standard tetapi diluluskan Puspakom.
Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
JAWI selesai ambil keterangan individu terlibat zikir secara pelik di tanah perkuburan Setapak
Laporan keterangan telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan untuk pandangan dan tindakan susulan, termasuk kemungkinan tindakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
MSI Claw 8 AI+ disenaraikan di SIRIM, bakal tiba di pasaran tempatan
Setakat ini, belum diketahui bilakah MSI Malaysia akan mula menjual konsol ini di pasaran tempatan.
Pengebumian negara untuk Jimmy Carter pada 9 Jan, jabatan kerajaan ditutup
Hari Berkabung Negara diumumkan bagi menghormati Carter, yang digambarkannya sebagai seorang "lelaki berprinsip, jujur dan rendah hati."
Bendera AS kibar separuh tiang di White House, hormati kematian Jimmy Carter
Bendera Amerika Syarikat (AS) dikibar separuh tiang di White House Ahad berikutan pengumuman kematian bekas Presiden AS, Jimmy Carter yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 100 tahun.
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Trump ancam kembalikan Terusan Panama kepada AS sekiranya Panama tidak kurangkan caj
Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan AS sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
Harga telur di Amerika Syarikat capai rekod tertinggi
Harga telur di seluruh Amerika Syarikat melonjak ke tahap tertinggi tahun ini, didorong oleh wabak selesema burung dan peningkatan permintaan semasa musim cuti, lapor Xinhua.
Lima cedera pemandu rempuh pusat beli-belah di Texas
Lima orang cedera selepas seorang pemandu trak pikap yang melarikan diri merempuh pusat beli-belah di Killeen, Texas.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.